free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS
image

Top Commentators

  • No commentators.

Tag

Fanpage Like Box

Shout Box

free linkback

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
May 01

Daging Basamah

Seperti hari-hari yang lain,hujung minggu yang lepas seakan biasa saja bagi saya. Bangun pagi menghabiskan kerja-kerja rumah, memasak dan sebagainya kadangkala menjemukan jugak. Bukanlah hendak mengeluh dan membebel tetapi tuntutan masa antara kerja-kerja rumah dan kerja-kerja internet sungguh memberikan saya ‘stress’.

Kalau dulu saya selesaikan segala kerja-kerja rumah di awal pagi dan terus menyambung kerja-kerja internet selepasnya hinggalah ke larut malam tetapi sekarang sudah tidak boleh lagi. Mungkin kerana tenaga yang semakin kurang dan umur yang semakin meningkat, saya cepat terasa letih dan apa yang selalu terjadi …bila saya mula sahaja bukak laptop maka mata pun dah mula mengantok.

Tetapi saya tak boleh cepat mengaku kalah. Apa yang dimulakan perlu diteruskan kerana kata-kata ini…

‘Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun
dia tidak akan menjadiorang yang berani ‘-Khalifah Ali bin Abi Talib

Saya mahu menjadi orang yang berani ….biar orang memandang rendah tetapi saya mahu berjaya kali ini. Bekerja dari rumah sebagai full time internet marketer adalah profession saya. Akan saya gantunglah cita-cita saya di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan.Allahu Akbar..

Eh!..dah melalut-lalut pulak kisahnya ye.Asalnya ingin berkogsi resipi di hujung minggu sahaja. Sorry!

Kali ni saya nak berkongsi resipi Daging Masak Basamah.Tak pernah saya cuba resipi ni walaupun dah berbelas tahun resepi di dok terkurung kat dalam buku resipi saya. Seingat saya resipi ni saya ambil dari sepupu saya Kak Nen. Beliau memang pandai dan cekap memasak. Kalau dahulu beliaulah yang menjadi orang kuat didapur kalau ada kerka-kerja kahwin. Dengar sahaja suaranya didapur semua orang kecut perut. Pantang beliau kalau masa bekerja ada pulak yang nak bersenang lenang ’menghulor’, bak kata orang perak.

Resipi ini pun saya dapat masa beliau sedang memasak. Salin aje apa yang beliau cakap, makanya tonggang langganglah jadinya. Tak faham pulak saya membacanya semula. Segala macam ‘shortform’ dan anak panah yang ada, makanya(macam Johan cakap dalam lawak spontan)saya pun mengubahlah sini sana mengikut suka hati saya dan inilah hasilnya…

Bahan-bahannya;(Kuantiti bahan-bahan saya main agak-agak aje)

Daging(direbus dan dipotong)
Cili kering #(dikisar)
Bawang merah
Halia
Bawang putih
Lengkuas
#(Kesemua bahan-bahan diatas dikisar)

Rempah biji
Jintan manis
Jintan Putih
#(ketiga-tiga bahan digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan dikisar halus)

Santan
Sedikit kerisik
Ubi kentang yang digoreng(optional)
Garam
Gula
Asam keping
Minyak untuk menumis

Caranya:

Panaskan minyak
Tumis kesemua bahan-bahan yang #dikisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan daging bersama airnya sekali,
Apabila daging sudah empok masukkan santan, asam keping, garam dan gula.
Akhir sekali masukkan kerisik dan ubi kentang goreng,
Boleh dihias dengan hirisan daun ketumbar dan cili merah

Saya juga menyempatkan diri membuat carrot cake untuk diberi kepada kawan anak saya yang bernama Iman Nadhirah untuk majlis harijadi beliau. Kali ni dijadikan cupcakes pulak supaya lebih sesuai untuk dijadikan buah tangan. Kalau nak resipi carrot kek, sila klik disini..

Saya jadikan kertas doli sebagai perhiasan. Saya inginkan deco yang simple dan sweet. Saya buatkan lubang di bahagian tengah kertas doli dan saya masukkan ke bahagian tengah cupcakes dan dia jadi macam skirt beropol lah pulak. Cantik dan senang dibuat terutama semasa time ’emergency’. Saya harap Iman suka ye…

Apr 14

Spaghetti Aglio Olio Cili Padi

Dengar sahaja perkataan  cili padi pun dah terasa terbukak selera. Selalunya kalau cili padi ni dikaitkan dengan masakan melayu yang pedas-pedas seperti gulai lemak cili padi, sambal belacan dan lain-lain. Tapi kali ni tetiba masakan orang Itali pulak nak guna cili padi. Apa hal pulak ni.

Ala, kalau dah tekak melayu tak salah tukar sini sana bagi menyesuaikan rasa. Anak-anak saya kurang gemar sikit dengan spaghetti aglio olio ni sebab rasanya yang tak pedas. Bila saya masukkan cili padi, apa lagi bertambah-tambahlah makannya.

Spaghetti Aglio Olio memang mudah membuatnya  Cuma memerlukan banyak minyak zaitun. Itulah yang mahal sikit tapi tak apa kan sebab minyak zaitun memang baik untuk kesihatan. Satu lagi kelainan bagi hidangan ini adalah saya menggunakan ayam salai menggantikan rencah-rencah lain. Ayam salai ini ada dijual di Hyper Market dalam bentu kepingan. Kalau nak cuba ini dia resipinya

Bahan-bahannya:

1 bungkus spaghetti- direbus dan di toskan

2-3 ulas Bawang putih

Ayam salai – Dipotong dadu

2 biji tomato

1 biji lada benggala

Sedikit broccoli

Cili padi(ikut suka) di ketuk-ketuk macam orang masak tom yam

Secekak daun ketumbar(di hiris halus)

Minyak zaitun

Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam

Caranya:

Panaskan minyak

Tumis bawang putih dan ayam salai sehingga wangi

Masukkan cili padi

Tuangkan spaghetti

Masukkan broccoli dan bahan-bahan lain

Akhir sekali tuangkan minyak zaitun

Psst….Kalau tak ada spaghetti boleh gunakan mee kuning. Tak kurang sedapnya..I tell you!!!

Apr 06

Pre Birthday Treat From Alia

Hampir bersawang rupanya blog saya ini. Begitulah bila kesibukan melanda, mood pula tiada, walau banyak yang ingin dikongsi bersama. Hidup masih terus berjalan. Alhamdulillah. Allah masih memberi kami sekeluarga rezeki yang melimpah ruah. Sujud Syukur.

Syukur juga bahawa tak lama lagi saya bakal menyambut hari lahir yang ke 43. Dan tempoh hari, my eldest daughter decided to treat me. An early birthday treat la ni.

Since Alia dah kerja (but she’s resigning soon in anticipation of going back to her study) these past three months and dah ada gaji sikit, dia kata she wants to “belanja” mak dia for birthday. Alhamdulillah!!

So last Wednesday, after sending her two younger sisters to school, kami pun bersiap-siap la untuk ke Sunway Pyramid for a mother-daughter bonding outing. Luckily, Tuan Suami ada appointment di Sunway Hotel Resort, so kami pun tumpang sekaki la.

Mak dan Alia

Sempat lagi bergambar tu

Siapa punya kerja nih!!macam gambar zaman friendster

Saya mengaku saya memang fail tentang shopping ni. Selalunya, bapak dia orang lebih peka pasal hal-hal ni dengan anak-anak. So I was a little bit intimidated jugak lah bila dia nak beli handbag. So I suggested that we go to kedai Bata jer (risau la plak nak menghabiskan hard-earned money… kesian).

Mengamuk dia sambil dia heret saya masuk ke Charles & Keith. Hmmm alahai. Tak gamak rasanya but since she’s insisted, ikutkan jer la ya. Hahahaha. Apapun, seperti yang saya cakap tadi, saya jarang shopping, jadi tak adalah saya menghabiskan masa nak browse through seluruh collection bags kat situ. Saya masuk, pandang satu handbag, berkenan and terus beli. Itu aje…. Mengeleng-ngeleng kepala Alia tengok emak dia.

Suka,suka..suka sangat

Tapi yang menyentuh hati saya bukan handbag itu tapi more about her insistence to bring me out and jalan-jalan and spend time with me. Berbunga hati seorang emak!

And speaking of happiness, earlier on Jumaat lepas, one of my closest nephews Fudhail and his wife Fatimah welcomed their first born Muhammad Fauzan. Last Sunday, both husband and I visited the new baby kat Pusrawi. Memang comey…..Rasa baru lagi kami bersibuk-sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka berdua last year. Kini dah jadi parents dah dia orang. Alhamdulillah. Semoga jadi emak bapak yang soleh dan solehah. InsyaAllah, anak akan menjadi anak yang soleh juga!

Comey!

Mar 19

Minggu Lepas Sudah Lepas

Cepatnya masa berlalu …..sehari menjadi seminggu seterusnya sebulan tak rasa apa-apa. Sedar-sedar dah nak habis bulan March. Dalam meniti hari yang berlalu bagaikan angin yang deras,  rahmat dan kasih sayang Allah, rezeki  dilimpahkan tanpa henti. Allah Maha Besar. Dalam kelalaian , dalam kealpaan diperturunkan segala kemudahan. Dalam kesusahan ada kesenangan, dalam kesedihan ada kegembiraan, dalam kesempitan dibukanya jalan dengan seluas-luasnya. Kesyukuran itulah yang paling penting dalam membaja cintamu dalam waktu yang ligat berputar ini…Ya Allah.

Bulan March adalah bulan yang paling beremosi bagi saya kerana dalam bulan tersebut jugalah arwah bapa saya Hasan bin Ngah Ismail menemui penciptanya 30 tahun yang  lalu. Tanggal 15 March tak pernah saya lupakan . Saya sangat rindu pada arwah bapak. Walaupun umur ini dah nak masuk seabad tapi rasa rindu semakin menjadi-jadi.  Semakin sebak  lebih dari masa dahulu. Mungkin juga kerana umur yang semakin tua dan anak-anak yang semakin dewasa menjadikan saya lebih memahami karakter arwah bapak semasa arwah masih hidup dahulu.

Kalau dari segi rupa paras, arwah bapak banyak tertumpah kepada bapa saudara saya Arwah Pak Uteh. Kini Pak Uteh juga sudah pergi buat selama-lamanya( Al Fatihah buat arwah Pak Uteh). Dah tak boleh lagi melihat muka Pak Uteh bila bertandang di hari raya buat mengubat rindu kepada arwah bapak. Hanya dua orang abang sajalah yang ada iras muka bapak terutama abang yang sulong.

Arwah bapak begitu tegas orangnya. Walaupun arwah adalah anak yang bongsu seperti saya tetapi arwah bapak amat digeruni oleh anak-anak saudara dan kaum kerabat kami. Saya dan adik beradik juga takut dengan arwah bapak. Kalau dengar batuknya dari jauh, itu tandanya arwah bapak tengah bad moodla tu. Satu lagi bila bapak mula mengambil bantal untuk tidur, sesiapa yang ada berdekatan pasti kena memicit atau memijak kaki arwah bapak. Masa tu la kami larikkkkkk…

Betapa ingin sekali bersama-sama bapak dalam setiap detik kehidupan saya. Waktu persekolahan, waktu saya mula melalui alam perkahwinan, waktu dimana saya menjadi seorang emak dan sebagainya. Tapi ketentuan Allah ada seribu hikmah disebaliknya.

Kadangkala dek kerana rindukan bapak, saya selalu bercakap sendirian seolah-olah sedang berbual dengan bapak. Kenangan-kenangan lalu banyak mengimbau kisah silam bersama bapak. Dua hari yang lepas, saya masak ubi kayu berempah. Salah satu makanan kegemaran bapak. Terlepas rindu sejenak bila teringatkan bapak kalau masak ubi kayu berempah mesti letak daun kari banyak-banyak dan dimakan bersama kopi-o panas.

Kitaran hidup, lazimnya yang patah tumbuh berganti. Hilangnya bapak digantikan pula dengan seorang suami dan  tiga orang anak yang kini sudah pun dewasa. Alhamdulillah..semoga satu hari nanti mereka juga akan merindui saya sepertimana saya merindui arwah bapak. Semoga bapak tetap dalam doa dan dalam alunan bacaan yaasin saya setiap pagi.  Al-Fatihah untuk arwah bapak

Mar 02

Antara Burger dan Burgel

Mak saya memang kelakar. Anak-anak saya suka sangat berbual dengan Opah mereka sebab Mak saya ni suka sangat tukar-tukar pronounciation nama orang ataupun tempat atau apa juga lah. Sebagai contoh, Mak saya selalu sebut burger tu as a burgel!!!! Dan bila saya tanya beliau kenapa panggil burgel, mak saya akan jawap, burgel tu burger yang jual kat tepi jalan. Mak suka burgel lagi dari burger yang mahal tu (sperti yang ada kat MCDonalds dan yang sewaktu dengannya), sebab rasanya lebih berperisa.

Itulah mak saya sesuka hati aje nak tukar nama benda atau apa jua. Ikut sedap mulut dia, manalah kadang-kadang kami ketawa berdekah-dekah.  Hari tu mak saya cakap yang dia nak pergi Taifan. Kami ni duk terpinga-pinga mana ke halanya Taifan ni. Oh..rupa-rupanya Taipan (pusat komersial di USJ ni). Harap-harap jangan dia tukar perkataan parking sudah lah. Itu sudah jatuh kategori ngeri!!!

Berbalik kepada tajuk entry kali ni, bukanlah saya nak mempertikaikan tentang sebutan mak saya senang-senang hati nak tukar tu tetapi saya nak pinjam perkataan burgel yang mak saya guna.

Hari ni saya nak bercerita tentang burgel tersedap yang pernah saya makan. Bagi saya burger ke burgel ke, apapun yang seumpama, memang semuanya saya dan keluarga suka makan. Kami jarang buat burger sendiri di rumah sebab kalau diikutkan rasanya lebih mudah membeli di luar kerana banyak pilihan yang ada dan harganya pun bolehlah tahan. Kena-kena pulak burgel yang jauh lebih murah dari burger yang ada di fast-food joints.

Seperti di kawasan lain, gerai-gerai burger memang banyak terdapat di sekitar Subang Jaya dan USJ ni. Namun ada sebuah gerai menjual burgel yang paling saya suka. O’La Burger nama gerainya.  Lokasinya adalah di hadapan padang permainan USJ 11.

Ini dia gerai mereka…ha nombor telefon pun ada sekali

Sekali pandang, memang tidak ada sebarang kelainan pada gerai tersebut – memang serupa dengan gerai-gerai burgel yang lain. Tetapi apa yang saya suka ialah setiap kali anda sampai di gerai tersebut anda akan disapa dengan ramah dan senyuman dari tuan punya gerai – dua orang adik beradik yang bernama Syafik dan Ali. Mereka sudah lebih kurang sudah  4 tahun menjalankan perniagaan ini.

Awalnya dek kerana mereka tinggal di USJ 2, mereka berhasrat untuk menjalankan perniagaan di USJ 2 sahaja  tetapi kerana tapak yang mereka sukai sudah diambil orang lain, maka mereka terus mencari tapak yang baru. Kini mereka beroperasi berhadapan dengan taman permainan USJ 11 dan Alhamdulillah lokasi tersebut terus  menjadi lokasi perniagaan mereka yang tetap sehinggalah sekarang. Perniagaan mereka beroperasi dari pukul 6 petang sehingga 11 malam setiap hari kecuali hari Sabtu minggu pertama dan terakhir setiap bulan.

Dua orang adik beradik yang gigih berniaga Syafik dan Ali


Apa yang saya suka sangat tentang burgel O’La ini ialah pastinya kerana rasanya yang sedap. Ayam atau daging dimasak sempurna dan lembut sekali. Tambah sedap bila daging burgle di hiris dua. Daging burger nya juga tidak pernah kering, malahan masih terasa juicynya. Yummeh!

Paling best, Ali dan Syafik tidak kedekut – selalunya mereka letakkan banyak sayur dan sos dan ditambah lagi dengan pepper sauce dan white sauce yang mereka buat sendiri. Itulah yang menjadi kelainan daripada bergel-bergel lain yang ada di Subang Jaya ini.

Pilihan jenis-jenis burgelnya lebih kurang sama sahaja dengan gerai-gerai yang lain tetapi ada satu jenis burgel yang istimewa namanya Double Trouble. Dengan harga iaitu RM 5 anda boleh dapat makan burgel yang berlapis-lapis dan sebotol air mineral yang sejuk. And then, kalau anda tengok menu di atas, ada juga disediakan Burger Kambing. Tak banyak gerai yang offer burger kambing kan??? Kat McDonald boleh dapat?

Dalam banyak-banyak pilihan burgel yang dijual burgel ayam special yang ada lapisan cheese memang menjadi pilihan kami sekeluarga. Bak kata anak-anak saya, “giler sedap!”

Burgel ‘Double Trouble’

Saya harap Ali dan Syafik akan terus berjaya di masa hadapan. Mungkin mereka juga pernah mengalami turun naiknya perniagaan tetapi kerana mereka gigih dan ikhlas , sekarang ini income mereka sudahpun konsisten . Walaupun hanya berniaga burger di tepi jalan , pujian harus diberi kepada dua orang anak muda ini.

Feb 21

Chicken Spinach Crepe

Memasak ni bukan setiap masa rajinnya. Kalau kemalasan melanda nak jugak rasanya gantung periuk di dapur. Contohnya hari ni saya masak nasi goreng aje untuk makan tengahari dan malam..sempoi. Kebetulan suami dan anak sulong tak ada di rumah. Hanya kami bertiga beranak aje yang makan nasi goreng..habis jugak sekuali besar. Suami yang pulang lewat balik bawak pulak kueteow goreng. Apa lagi dinner sekali lagilah kami.
Kalau malas tu sekali-sekala apa salahnya kan. Masa nilah nak meluruskan urat-urat dan nak makan masakan orang lain pulak. Dan yang penting inilah masa nak menguji ‘gentlemannya’ suami kita. Entry kali ni saya nak share satu resipi yang boleh dikategorikan dalam kategori’ rajin’. Kalau dalam mood malas ,janganlah buat sebab nak membuat crepe tu perlu banyak bersabar. Lepas tu nak buat intinya lagi. Jadi pendek cerita resipi ni sesuai di hidangkan pada hujung minggu atau pada hari cuti awam. Tak payah nak kelam kabut nak berkejar-kejar buat untuk sarapan anak-anak ke sekolah. Tapi biasalah benda yang susah nak dibuat ni dan kalau sedap pulak, kenalah buat banyak. Nanti tak cukup…
Kalau Chicken Spinah Crepe ni di translatekan ke dalam Bahasa Malaysia jadi apa ye? Lempeng Ayam Bersama Bayam…betul ke? Tapi kalau ikut pemahaman saya, lempeng tu adunannya tak ada bubuh susu. Kalau orang perak dipanggil tepek aje. Cukup senang adunannya, hanya tepung gandum,air dan garam sahaja.
Chop! Baru tahu yang crepe ni boleh juga dipanggil pancake…

Apa pun resipi ni memang boleh di cuba kerana bahan-bahannya tak susah nak dapat. Membuatnya taklah sesukar mana kerana jika betul bahan, sukatan dan kuali yang sesuai, crepe tu tak mudah melekat pada kuali. Intinya pula boleh di buat awal dan disimpan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan untuk Crepe:
175 gram tepung serbaguna
½ sudu kecil garam
3 biji telur
1 ½ cawan susu segar
1 sudu besar butter

Cara membuat Crepe:
Ayak tepung dan garam#
Pukul telur berasingan sehingga kembang
Masukkan telur ke dalam adunan#
Kacau hingga sebati dan masukkan susu sedikit demi sedikit
Biarkan seketika untuk 1 jam
Selepas itu bolehla di panaskan kuali dan sapukan butter
Buatlah seperti membuat pancake

Bahan-bahan untuk inti:

Minyak untuk menumis

2 labu bawang Holland(didadukan)

3 ulas bawang putih(cincang)
1 cm halia(cincang)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil garam-secukup rasa
2 biji tomato (didadukan)
Secekak bayam hijau( dibasuh bersih dan ditos)
115 gram isi ayam(dipotong kecil-kecil)
2 sudu besar daun ketumbar

Cara Membuat Inti:

Panaskan minyak
Masukkan bawang Holland dan biarkan sehingga terbit bau
Kemudian masukkan isi ayam
Masukkan bawang putih dan halia bersama serbuk cili, garam masala dan garam.
Selepas itu masukkan tomato dan bayam
Kacau hingga ayam masak dan akhir sekali masukkan daun ketumbar

Feb 17

Cream Puff

Ini adalah antara kueh orang putih yang saya sangat suka. Kalau kat kedai tu  memang saya menjeling ajela nak beli tapi kadang-kadang hasrat hati tu terpaksa dikuburkan sebab harganya agak mahal untuk cream puff yang cenonit aje tu. Dah lama saya belajar buat cream puff ni, seingat saya masa tu saya belajar dengan Kak Nor yang mengajar masa tu dekat Kedai Bake With Yen Di Lorong Haji Taib. Eee..scary kan dengar nama lorong tu. Memang la , saya yang masa tu gigih pergi walaupun kecut perut jugak lah nak menyampaikan ke kedai tersebut dari tempat parking kereta.

Itu cerita dah lama dah. Sekarang ni kelas-kelas memasak kueh dan membuat kek tumbuh seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan dan Kak Nor tu pun dah ada kelas memasak dia sendiri.

Selepas tu saya ada cuba buat kueh ni tapi tak jadi dan alamatnya saya tak pernah mencuba lagi buat cream puff ni. Bila tengok Master Chef Malaysia, teringin pulak nak buat balik cream puff sebab nampak macam senang aje. Niat sahaja tak cukup. betul tak? kalau kaedahnya tak betul dan kaedahnya adalah…. resipi cream puff saya dah hilang. Punyalah cari sana-sini sampai sakit-sakit pinggang dan niat nak buat crem puff pun dah semakin pudar.

Nilah rupa buku resipi saya..dah macam rupa belacan. Itu belum lagi yang sehelai-sehelai dan terperonyok kat dalam lemari pinggan mangkok.

Berbalik kepada cerita tadi. Sayapun carilah kat dalam internet resipi cream puff ni tapi macam tak berapa ‘confident’ nak cuba sebab resepinya berbeza-beza sangat . Ada yang pakai susu, ada yang pakai telur banyak dan macam-macam lagi. Saya pun bukak la you-tube sebab takkan tak percayakan video kan. Dan…saya terjumpalah satu video yang buat cream puff sempoi aje. Masak dalam kuali dan hanya gunakan sudu. Tak payah nak pakai piping beg. Menyenangkan kerja dan  mengacau adunan cream puff dalam kuali memang senang.

Nak senang tengok aje youtube ni dan boleh salin sendiri bahan-bahan dan cara membuatnya. Selamat mencuba!