About Azian Hasan

TENTANG AZIAN HASAN

Salam Penuh Kasih Sayang,

Selamat Datang ke www.azianhasan.com yang telah diberi nafas baru. Semoga laman web/blog yang satu ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

Harapan saya hanyalah supaya laman ini akan menjadi platform bagi saya untuk berkongsi minat tentang masakan, seni dekorasi dan gaya hidup terkini dengan sekelian pembaca yang sangat saya hormati. Semoga apa yang saya kongsi di sini ada manafaatnya untuk teman-teman sekelian.

Sebenarnya saya sangat suka memasak. Saya suka memasak untuk keluarga dan kawan saya. Melihat mereka menikmati makanan yang saya masak sangat-sangat memberi kepuasan buat saya.

Apresiasi sepanjang hayat saya pada sisi kulinari ini bermula ketika saya masih kecil lagi dan ia banyak dipengaruhi oleh orang-orang yang berada di sekeliling saya – emak, emak saudara, kakak-kakak dan sepupu-sepupu yang sangat mahir memasak.

Saya lahir di dalam keluarga besar. Rumah emak bapak saya di Kampung Perak, Temoh, Perak bukan sahaja penuh dengan kami sekeluarga tetapi juga dengan opah, mak saudara dan saudara sepupu. Itu belum lagi saudara mara yang lain. Ada sahaja saudara mara yang datang dan pergi. Memang meriah sentiasa.

Jadi tak hairanlah kalau bila dapur kami merupakan “the heart of our home”. Dek kerana ramai orang, memang ada sahaja orang memasak saban masa.

Kalau tiba masa memasak untuk sarapan, makan tengahahri dan makan malam, lagi lah penuh dapur. Mak saya memang tak berkira kalau ada saudara mara yang nak menumpang tinggal di rumah tetapi masing-masing perlu ringan tulang bantu membantu. Makanya penuhlah dapur dengan kami semua bergotong royong memasak. Macam kenduri sahaja.

Saya yang paling bongsu ni dari kecil dah memerhati suasana begini. Mula-mula tu duduk di sudut sahaja sambil memerhatikan sahaja orang lain yang lebih dewasa memasak itu ini. Disulami dengan gelak tawa, masa ni sungguh-sungguh menyeronokkan. How I miss those gool old days.

Selalunya bila di dapur, yang menjadi tekong ialah arwah mak saudara saya yang saya panggil Mak Yong. Dia ni kakak ipar mak saya. In my book, Mak Yong lah yang paling “terror” memasak. Apa yang dimasak Mak Yong bukan sahaja menjadi tetapi sedapnya tak boleh dibawak bincang. Anak-anak Mak Yong iaitu sepupu-sepupu saya seperti Kak Enon, arwah Kak Nin, Kak La dan Kak Encik juga handal memasak.

Selain itu emak saya Cikgu Thalathiah juga punya air tangan yang sedap. Tetapi dia jarang ke dapur. Yelah dah penuh orang kat dapur apa perlu dia nak memasak lagi ye tak? Baik lah dia jadi mandor sahaja. Tetapi kalau dia sesekali memasak, hidangannya memang out of this world rasanya. Selain tu, dua orang kakak saya Yong dan Kak juga pakar memasak.

Mereka semua inilah merupakan inspirasi saya dan banyak memberi pengaruh kepada saya untuk bergiat di dalam dunia kulinari kini. Semuanya sehingga kini sering berkongsi banyak petua memasak yang bermanfaat. Terima Kasih. Love you all!

Kami sekeluarga pindah ke Kampar, Perak  tatkala saya berada di dalam Darjah Empat. Bila dah pindah duduk di Kampar ni saya juga banyak belajar daripada jiran-jiran baru saya, terutama seorang jururawat bernama Yap Chin Lean (yang saya panggil Kak Yap).

Dari Kak Yap, yang menghabiskan sebahagian besar masa luangnya di rumah kami sambil membantu di dapur, saya mula memupuk dan mengembangkan minat dalam masakan Cina.

Kemudian ada pulak Doreen Fong, BFF dari sekolah yang berkongsi minat dalam makanan dan masakan. Doreen, yang kini tinggal di Miri, Sarawak, sesekali akan datang bermalam di rumah saya. Masa nilah kami berdua akan masuk ke dapur dan bereksperimen dengan resipi-resipi baru.

Buku Masakan Azian Hasan

Setelah selesai Tingkatan Enam, saya melanjutkan pelajaran ke ITM (kini UiTM) di Shah Alam dalam bidang Sains Aktuari. Tidak lama selepas tamat pengajian saya pada 1993, saya telah mendirikan rumah tangga dengan Mior Azhar dan berpindah ke Subang Jaya untuk memulakan hidup bersama.

Dari awal lagi, saya memutuskan untuk tidak meneruskan kerjaya dalam sains aktuari kerana saya mahu menumpukan perhatian untuk menjaga anak-anak perempuan saya – Alia, Asma dan Arissa – sepenuh masa.

Dalam kesibukan menjadi isteri dan ibu, minat dalam bidang masakan tetap segar. Seringkali rumah kami dipenuhi saudara mara dan rakan-rakan  yang datang menjamu selera. Seronok betul.

Dek kerana minat yang amat sangat, saya juga sering menghadiri pelbagai kelas memasak dan baking tanpa jemu. Saya juga pernah menjalankan perniagaan dari rumah termasuklah perniagaan makanan beku, perniagaan katering kecil-kecilan dan juga menjual nasi lemak di tepi jalan untuk seketika. Semanya demi minat yang amat mendalam.

Pada tahun 2014, saya memberanikan diri mengutus surat kesebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur dan menawarkan diri untuk menulis buku resipi. Alhamdulillah, kertas cadangan saya diterima baik dan sejak dari itu saya melangkah masuk ke dunia baru iaitu dunia penulisan buku-buku masakan. Sehingga kini saya telah menulis sembilan buah buku masakan pelbagai tajuk dan InshaAllah, buku terbaru kini berada di dalam perancangan. 

Saya juga mula berkongsi resipi-resipi di dalam majalah-majalah tempatan seperti Rasa, Jelita dan Mingguan Wanita.

Tahun 2016 menjadi tahun yang bersejarah untuk saya kerana saya dijemput untuk menjadi host segmen mingguan saya sendiri di rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9. Saya bersiaran selama satu tahun tiga bulan di situ. Dalam pada itu saya juga sering dijemput untuk menyerikan rancangan TV yang lain seperti Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini,  Nona dan Borak Kopitiam di TV3.

Pada tahun 2018, satu lagi peluang terbuka untuk saya di mana pihak Astro Go Shop telah menjemput saya menjadi Demo dan Prep Chef untuk program-program jualan kelengkapan masakan di shopping channel tersebut.

Ini merupakan satu impian yang besar buat saya kerana saya telah dapat berkolaborasi dengan nama-nama besar seperti Datuk Chef Wan, Datuk Aznil Haji Nawawi, Chef Zam dan Chef Florence Tan, semuanya idola kulinari saya semestinya.

Alhamdulillah di atas segala rezeki yang dilimpahkan sehingga kini.

Melangkah ke hadapan, saya berharap untuk terus berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya yang sedikit ini dengan teman-teman semua.

Selain dari laman web ini, saya juga sentiasa bersedia untuk membuat demo-demo masakan di mana sahaja. Untuk itu anda boleh sahaja hubungi saya di azianhasan69@gmail.com.

Akhir kalam, semoga hubungan saya dan anda tetap mekar harum melalui platform ini.

Salam Sayang,

Kak Yan Signature

Azian Hasan

ABOUT AZIAN HASAN

Dear All,

Welcome to the newly updated www.azianhasan.com. We hope this website/blog can further strengthen our relationship with one another. My hope is that this site will be a platform for me to share my latest culinary interests, décor with you. Hopefully what I share here is of benefit to all of you my friends.

I truly love cooking. I love cooking for my family and friends. Seeing them enjoying the food I cooked rank high on my satisfaction in life list.

My lifelong appreciation for food began at a young age and I am inspired by people around me – my mother, aunties, sisters and cousins.

Growing up in a traditional extended Malay family in Temoh in Perak, I have spent many days watching my much older sisters and cousins helping my late mother and aunty in the kitchen.

Over the years, I would stay up until late at night to help my late aunt whom I called Mak Yong (mom’s sister in law who was simply the best cook ever), my older sisters and cousins cooked in the kitchen, all of whom have shared many beneficial cooking tips with me over the years.

I also learnt a lot from my neighbours, particularly a nurse named Yap Chin Lean (whom I called Kak Yap).

From Kak Yap, who spent most of her free time at our home (by now we have moved to the nearby Kampar town) helping out in the kitchen, I expanded and developed keen interest in Chinese cuisines.

Then there’s Doreen Fong, my best friend from school who shared my love for food and cooking. Doreen, who now resides in Miri, Sarawak, too would from time to time came to spend the night at my place where more often than not we raided the kitchen experimenting with new recipes.

After completing my Form Six, I went to ITM (now UiTM) to take up Actuarial Science study.

Soon after my graduation in 1993, I got married to Mior Azhar and moved to Subang Jaya to start our life together.

From early on, I decided not to pursue a career in actuarial science as I wanted to focus on raising my daughters – Alia, Asma and Arissa – full time.

However, despite being a busy mom, I continued to live the life of a food fiend, whether hunting out the hottest makan places, searching for the newest artisanal products, or hosting my friends and family at dinner parties and small gatherings.

I also attended various cooking and baking classes over the years.  I even attempted doing business from home. I have among others, dabbled in frozen food business, small catering business and even selling nasi lemak by the road side for a while.

I too have offered a home baking business to friends and family members.

Today, I have written a few Malay language cook books besides updating my blogs, attending events as food blogger, running test kitchen, developing new recipes, and writing articles for magazines.

The year 2016 proved to be a busy year for me as I was invited to host my own cooking weekly segment in TV9’s Nasi Lemak Kopi O, a morning talk show. I was on air every Friday where I got to share many bento recipes. Besides that, I have also been featured in other TV programmes like Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Nona and Borak Kopitiam in TV3.

In 2018, I’ve been appointed to be one of Datuk Aznil Haji Nawawi’s “Friends Of Go Pak Nil” for his weekly shopping show on Astro Go Shop channel where I helped promote cookery products by sharing my recipes. Today I am also Astro Go Shop’s resident Demo and Prep Chef and I have had the opportunity to work with my culinary heroes including Datuk Chef Wan, Chef Zam and Chef Florence Tan.

Azian Hasan

Moving forward, I hope to take my food knowledge, love for cooking, and enthusiasm for sharing information to the next level and hopefully to continue sharing with all. Apart from this site, I am also always ready to do cooking demos anywhere. For that, if you would like to invite me, you can just contact me at azianhasan69@gmail.com.

In the meantime, let’s cook on!

Much love and respect,

Kak Yan Signature