Acar Ikan Masin

Acar Ikan Masin

Pada mulanya berkira-kira juga nak masak acar ikan masin ini. Tujuannya memang nak kongsi resepi di youtube tapi acar yang banyak itu nanti takut Kak Yan dan suami makan banyak sangat. Almakhlumlah kami berdua ini ada darah tinggi. Ikan masin tu tak boleh makan selalu, bahaya.

Dalam pada tu suami boleh cakap, ‘Kalau hari-hari makan acar ikan masin pun tak apa, tak payah masak lauk lain”. Katanya.

Bila dah masak sekuali acar ikan masin, Kak Yan cepat-cepat sebelahkan. Separuh dari acar tersebut Kak Yan letak dalam bekas lain dan sorok dalam peti sejuk. Hanya separuh sahaja Kak Yan hidangkan. Letak dalam botol dan biarkan dekat atas meja makan.

Acar ikan masin ini kalau dimasak dengan betul, boleh tahan lama. Lagi lama disimpan lagi sedap. Bak kata sainsnya. Tindakbalas antara cuka dan bahan-bahan lain menjadikan acar tersebut lagi sedap.

Kak Yan percaya acar ikan masin yang Kak Yan buat ini lain dari yang lain. Cara memasaknya pun lain. Itu sebabnya Kak Yan panggil acar ikan masin ini, Kak Yan punya style.

Silalah cuba jika teringin nak makan acar ikan masin. Resepi dan cara memasak ada di dalam video memasak di channel youtube Kak Yan. Klik sahaja dekat bawah ni.

Leave a Reply