Gerang Asam

Gerang Asam

Jika dilihat dari segi rupa, gerang asam ini lebih kurang sama sahaja dengan asam pedas. Itu dari segi rupa, tetapi dari segi rasa ada perbezaannya.

Gerang asam ini adalah salah satu masakan Nyonya Baba. Rasanya lebih kepada bahan-bahan yang fresh dan ada rasa lemak sedikit yang datangnya dari buah keras. Kebanyakan lauk pauk masakan Nyonya memang suka bubuh buah keras.

Kak Yan lebih gemar menggunakan cili merah daripada cili kisar bila memasak gerang asam. Namun menggunakan cili kisar pun tak ada salahnya. Kebanyakan resepi gerang asam pun menggunakan cili kisar.

Kalau dah masak gerang asam ini tak pelu banyak lauk lain. Cukup dengan menambah telur asin dan ulam timun. Baru lah boleh menghayati keenakan lauk ini.

Rasanya esok atau lusa nak masak lagi gerang asam ini lah. Tengok gambar pun dah terliur.

Jom cuba….

gerang asam

Gerang Asam

Bahan-bahannya:
4 ketul ikan merah atau tenggiri (dipotong sebesar 2 inci)
4 biji bendi(dipotong hujungnya)
1 biji tomato (dipotong 4)
Secekak daun kesum (diambil daunnya)
1 batang bunga kantan (di belah 4)
4 helai daun limua purut (dihiris halus)
5 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
5 sudu besar minyak
Sedikit air
Garam secukupnya
Bahan Kisar
6 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji cili merah ataupun 2 sudu besar cili kering kisar
1 inci lengkuas
1 sudu kecil belacan
4 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
Masukkan gula. Kacau seketika dan kemudian masukkan air.
Masukkan ikan bersama bendi, daun kesum, daun limau purut dan bunga kantan.
Masak sehingga mendidih.
Masukkan air asam dan perasakan dengan garam.
Siap.

Leave a Reply

Recipe Rating