Gulai Sotong

Gulai Sotong

Tidak banyak perkara baru yang terjadi kebelakangan ini. Setiap hari nampaknya seperti sama sahaja. Yang membezakannya hanyalah siang dan malam. Haribulan, bulan semua dah tidak berapa hendak diambil tahu. Sedar-sedar sudah hujung bukan August rupanya.

Begitulah hari-hari yang dilalui sepanjang pandemik ini. Tidak tahu sampai bila kesudahannya. Hidup berkurung yang dinamakan ‘lockdown’ ini pun nampaknya semakin keliru dan membosankan.

Ada satu masa itu, rasa macam sudah lupa kehidupan sebelum covid melanda. Rasa macam sudah serasi pulak dengan kehidupan bersama pandemik. Rasa semakin malas dan tidak menyihatkan. Rasa pemikiran pun semakin negatif. Harapnya rasa sebegini tidaklah terlalu lama. Insyaallah.

Tempohari bersembang dengan suami didalam kereta. Selalunya bila kami bosan sangat, kami akan ronda-ronda naik kereta. Nak singgah di kedai membeli barang pun dah semakin takut.

Suami cakap, nasiblah kita ada buat youtube . Ada jugak sesuatu yang membuatkan kita sibuk. Mencari resepi dan membeli barang-barang memasak untuk ‘shooting’ youtube.

Walaupun kadang-kadang rasa lelah dan sakit pinggang semasa ‘shooting’. Makhlumlah dah bertahun asyik bersenang lenang di atas sofa, segala tulang urat saraf pun dah terlalu manja. Dulu masa tiap-tiap minggu buat prep, tak pulak sakit-sakit badan kan.

Kali ini Kak Yan nak kongsi salah satu resepi yang mendapat ‘views’ yang membuatkan Kak Yan tersenyum puas.

Gulai sotong adalah salah satu resepi yang terperok lama didalam koleksi resepi. Kak Yan sendiri pun sudah lama tak masak sotong ini.

Sotong yang dimasak sebegini memang kena dengan tekak kami sekeluarga. Rasa pedas dan lemak yang seimbang persis seperti makan rendang sotong.

Teknik memasak dengan menggoreng dahulu daun kunyit dan daun limau juga nampak sangat menarik. Ini semua menjadikan gulai sotong ini semerbak harun baunya. Warnanya juga amat cantik.

Jadi, Kak Yan cadangkan mencuba resepi ini. BIla nak masak sotong, ingatlah gulai sotong.

Boleh tengok resepi gulai sotong dibawah ataupun lihat sendiri bagaimana Kak Yan masak gulai sotong di Youtube.

Gulai Sotong

Bahan-bahannya:
8 ekor sotong sederhana besar(Dibersihkan)
2 batang serai(Diketuk)
2 atau 3 sudu besar cili kering kisar
2 hirisan lengkuas
5 helai daun limau purut(Dibuang urat tengahnya)
250 gram santan pekat
1 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit(Dihiris halus)
4 sudu makan minyak
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
2 biji bawang merah bersaiz besar
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 biji buah keras
Cara membuatnya:
Panaskan minyak
Masukkan serai dan kemudian daun kunyit dan daun limau.
Apabila sudah wangi, masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.
Masukkan cili kisar, lengkuas dan asam keping.
Masak sehingga bahan garing dan kemudian masukkan santan.
Masukkan sotong, garam dan gula.
Apabila sotong sudah masak, tutup api dan hidangkan.

Leave a Reply

Recipe Rating