Ikan Masak Cuka

Ikan Masak Cuka

Hari tu post gambar ikan masak cuka ini di instagram. Ramai pulak yang suka.

Ada yang kata tengok gambar ini teringatkan kampung, teringatkan memori dulu-dulu dan banyak lagi. Ramai jugak yang mintak resepi ikan masak cuka ni.

Sebenarnya setiap kali Kak Yan masak ikan masak cuka ni memang main agak-agak aje. Memang dari dulu, nak belajar memasak bukannya ambik buku dan kertas menyalin resepi. Nak belajar masak kena tolong masak kat dapur.

Sambil masak itu lah baru boleh tanya itu dan ini. Nak tanya tips ke. Nak tanya kenapa itu dan kenapa ini.

Janji, kena masak bersama-sama. Tak boleh tidak.

Jadinya, memang tidak ada resepi yang spesifik. Apa yang penting, tahu apa bahan-bahannya dan cara memasak. Banyak mana kuantiti bahan-bahan yang digunakan memang main agak-agak sahaja.

Ikan masak cuka ini selalunya guna ikan yang banyak isi. Contohnya, ikan tenggiri, ikan merah, ikan jenahak pun boleh. Senang cerita, ikan yang berpotong lah. Baru cantik dan puas makan lauk ni.

Segala bawang dan halia mesti di potong halus dan banyak. Kena tambah bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili hijau sebagai bahan tambahan. Bawang merah dan bawang putih tu masuk sebiji-sebiji. Cili merah dan cili hijau itu di belah dua di hujungnya. Yang ini penting jugak.

Biji sawi kena ada. Kuahnya tak boleh kering sangat dan tak boleh melimpah ruah sangat. Kena sedang elok sahaja.

Rasa kuahnya kena ada rasa manis-manis sikit. Nak kena pandai seimbangkan rasa masam dan manis ye. Baru lah kesedapan ikan masak cuka ini terpahat di ingatan. Betul tak?

Jom tengok resepi ikan masak cuka yang selalu Kak Yan masak di bawah ini.

Ikan Masak Cuka

Bahan-bahannya:
2 keping ikan jenahak
5 ulas bawang putih(dihiris halus)
3 biji bawang merah kecil (dimayang halus)
2 inci halia (dihiris halus)
2 sudu teh biji sawi
3 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
4 biji bawang merah kecil
4 biji bawang putih
2 biji cili hijau (di belah dua hujungnya)
2 biji cili merah (di belah dua hujungnya)
3 sudu besar minyak untuk menumis
Minyak untuk menggoreng
Sedikit serbuk kunyit
Cara membuatnya:
Gaul ikan bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan toskan.
Panaskan dalam 3 sudu besar minyak (jangan guna minyak goreng ikan tadi).
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Masak sehingga terbit bau.
Masukkan biji sawi dan kacau sekata.
Masukkan air, cuka, garam dan gula. Masak sehingga mendidih (lebih bagus guna air panas)
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cili hijau dan cili merah.
Biarkan masak sehingga bawamg lembut sedikit dan kemudian masukkan ikan.
Rasa kuahnya sampai betul-betul ummph dan biarkan mendidih.
Apabia mendidih sahaja, tutup api dan boleh lah dihidangkan (Jangan biarkan mendidih terlalu lama nanti ikan hancur).

Leave a Reply

Recipe Rating