Kenduri Tahlil Arwah Mak
Juadah di Majlis Tahlil Arwah Mak.

Kenduri Tahlil Arwah Mak

Tanggal 29 June 2013 yang lalu, arwah Mak saya (kalau dia masih hidup) secara rasminya turned 81 years old. Secara rasminya kerana itu lah tarikh lahir Mak yang tertera di MyKad dia.

Namun, arwah mak sendiri ada berkata umurnya lebih tua dari itu, most probably two years older. Tapi biasalah orang dulu2 selalu memudakan umur bila register IC.

Apapun, sewaktu saya menemani mak di hospital di sekitar dua minggu sebelum Mak menghembuskan nafasnya, dia ada memesan supaya saya mengadakan majlis hari lahir besar-besaran untuknya tahun ni bila dia sihat nanti. “Mak nak macam birthday Arissa (*anak bongsu saya) and kamu masaklah makanan yang mak suka,” pesan dia sambil ketawa.

Aduh, kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mak pergi sebulan setengah sebelum hari lahirnya.

Tapi saya tetap nak adakan satu majlis untuk mak saya pada tarikh itu walaupun kini hanyalah majlis tahlil untuk mak. Dan saya nak buat majlis yang meriah tetapi hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja – keluarga abang-abang dan kakak-kakak saya sahaja.

Walaupun tak semua dapat menghadirkan diri namun kehadiran kakak, abang, ipar2, anak-anak saudara serta cucu saudara sangat memberi erti pada malam itu.

Kena pulak majlis diketuai oleh Naim yang memimpin solat jemaah Maghrib, majlis tahlil serta sedikit majlis tazkirah. Seorang lagi anak saudara Suhail pula memimpin solat Isyak berjemaah.

Solat Maghrib. Ni adalah yang cuti solat ni yang jadi tukang snap photo ni.

Kemudian majlis makan-makan. Boleh dikatakan saya single handedly masak juadah nasi minyak, ayam masak merah, dalca, dendeng daging dan jelatah. Untuk dessert saya buat kek rainbow dan pavlova.

Selain itu kakak saya Yong, kakak ipar Kak Zai, anak-anak saudara Nisa serta Fatimah juga membawa juadah pembasuh mulut yang lain. Alhamdulillah!

Leave a Reply