Lauk Pauk – Kurma Ayam

Lauk Pauk – Kurma Ayam

Kak Yan memang suka gulai kurma. Anak-anak dan suami pun suka. Tapi Kak Yan memang jarang masak gulai kurma ni.

Dah kenapa pulak?

Nanti kalau masak selalu sangat nanti jadi jemu. Gulai kurma ni Kak Yan kategorikan antara masakan esklusif dalam hidup. Walaupun berlambak orang jual gulai kurma kat kedai makan tapi gulai kurma Kak Yan lain dari yang lain.

Kenapa?

Sebab Kak Yan banyak belajar cara buat gulai kurma dari ramai orang. Tanya sana sini. Nak bagi kurma sedap banyak caranya. Pertama kuah kurma kena pekat. No cair-cair ye. Biar minyak yang keluar dari santan yang mewangikan dan menggaringkan rempah kurma.

Kalau masak kurma ayam, Kak Yan suka sear kan dulu ayam sebelum menumis. Ini nak jadikan ayam tersebut lagi juicy dan tahan lama.

Setiap kali Kak Yan masak gulai kurma, mesti masukkan sedikit daun pudina dan cili hijau yang dikisar. Bezanya kalau masak kurma daging atau kambing, Kak Yan lebihkan sedikit pudinanya. Dua bahan ni bukan sahaja nak bagi sedap tapi boleh jugak nak hilangkan bau hamis terutama pada daging kambing.

Begitu juga dengan segala macam bahan-bahan hiasan seperti bawang, tomato, cili hijau dan cili merah. Bukan sahaja bagi cantik tapi bagi sedap jugak.

Sekianlah cerita tentang gulai kurma. Kak Yan dah rasa teringin pulak nak makan kurma ayam. Rasanya segala bahan-bahan ada dalam peti sejuk tu.

Makanya kurma ayamlah lauk kami untuk hari ini.

Masak nasi lebih sikit.

Kurma Ayam

Kurma Ayam

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 16 cuci bersih dan toskan
500 gram pati santan
2 bji buah tomato(dipotong 4)
2 bji bawang holland  atau bawang merah besar(dipotong 4)
4 biji cili hijau (dibelah  2)
4 biji cili merah(dibelah 2)
Jus dari 1 biji limau nipis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumisan:
4 kuntum bunga lawang 
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum buah pelaga
6 biji bawang merah(dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 cm halia(dipotong memanjang)
7 sudu makan rempah kurma
 
Bahan Kisar:
2 biji cili hijau
5 tangkai daun pudina
 
Cara membuatnya:
Panaskan 1 sudu besar  minyak dan goreng sebentar ayam-angkat dan toskan
Panaskan dalam 4 sudu makan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih,
halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelage sehingga wangi.
Bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuali
Kacau sebati , biarkan dalam 2 ke 3 minit dan kemudian  masukkan santan.
 Masak sehingga  naik minyak dan kemudian masukkan ayam,
Apabila ayam sudah separuh masak, masukkan bahan kisar, cili hijau, cili merah,
bawang dan tomato.
Perasakan dengan garam dan gula
Akhir sekali perah limau dan tutup api

Leave a Reply

Recipe Rating