Sup Ikan Merah Lada Hitam

Sup Ikan Merah Lada Hitam

Hari ini hari minggu, hujung minggu yang panjang. Ramainya orang yang balik kampung atau pergi makan angin di luar kota. Highway nampaknya semakin sesak. Semalam Kak Yan pergi ke Bangi dan nampak banyaknya kenderaan menghala ke Selatan. Mungkin waktu cuti panjang banyak lah kenduri kahwin kan.

Hari ini Kak Yan duduk diam-diam di rumah sahaja. Suami dan Asma pergi ‘book hunting’ kata mereka. Kak Yan tak lah suka sangat nak berlama-lama di kedai buku. Kalau kedai pinggan mangkuk atau pasar, Kak Yan ok lah.

Sebenarnya banyak kerja dekat rumah ni yang tertangguh. Nak lap cermin almari. Nak sedut habuk yang bermaharajalela di rumah ini. Yang penting banyak kerja sebagai ‘content creator’ yang terbengkalai. Nak cari resepi. Nak test resepi dan nak upload blog ni ha.

Masa dua minggu yang lepas ni, rasa macam sibuk sangat. Ada dua demo memasak. Kena buat paid review dan content memasak kena buat tiap-tiap hari. Badan pulak cepat sangat rasa penat. Sakit-sakit badan tu usah cakap lah.

Apa pun, syukur dengan apa yang ada sekarang. Buat content memasak di social media, sangat memberi kepuasan . Lebih lagi bila ada yang mendapat manfaat darpadanya. So keep it up kepada diri sendiri. Tepuk bahu sendiri dan cakap ‘syabas’.

Kali ini Kak Yan nak kongsi resepi sup ikan. Resepi sup ikan kali ini lain sikit dari yang biasa. Ada rasa rempah dan ada bubuh bendi. Rasa supnya lebih ke rasa lada hitam . Bila hirup sup tu, bukan sahaja rasa sedap tapi lebih rasa menyegarkan.

Cuba lah ye..

Resepi penuh dan video memasak ada di bawah ini.

Leave a Reply