free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Mar 03

Kentang Goreng atau French Fries?

Kalau tak silap, saya mula makan french fries sewaktu KFC mula beroperasi di kampung halaman saya. Sewaktu itu saya berada di tingkatan tiga atau empat, saya tak berapa ingat. Punyalah susah hati bila nak mengorder ‘french fries’..takut tersalah cakap dan memang saya pernah tersalah cakap ‘fried fries’. Merah muka saya, malu tak tau nak sebut french fries.

Tersenyum saya bila teringat kembali zaman tersebut. Saya dan kawan-kawan saya sanggup tak makan di kantin sekolah semata-mata nak simpan duit untuk makan di KFC. Dari rumah lagi kami dah mengira duit masing-masing, takut nanti tak cukup . Ikut kiraan matematik memanglah cukup tapi bila kat sana terkurang pulak. Aduh! rupa-rupanya ada tax…ingatkan macam kedai mamak ajer mengiranya.

French Fries sebenarnya hanyalah kentang yang digoreng. Bila ianya di komersilkan bersama kedatangan fast food, maka orang merasakan ianya suatu benda yang baru. Semua orang suka french fries terutamanya kanak-kanak. Saya pun memaang sukakan french fries, terutama sekali bila saya makan di fast food restaurant. Kadang-kadang tu sampai berebut dengan anak-anak pula.

Membuat french fries atau kentang goreng tidaklah sesusah mana, tetapi untuk menghasilkan kentang goreng yang rangup dan sedap, agak sukar. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lebih suka membelinya di fast food restaurant saja.

Hari ini saya nak menunjukkan rahsia membuat french fries yang sedap. Jimat duit dan special.

Cara membuatnya:

-Bersihkan ubi kentang dan kemudian potong memanjang mengikut saiz yang anda suka.(Tak perlu kupas kulitnya)
-Rendam ubi kentang ke dalam air sejuk dan biarkan untuk beberapa jam.
-Toskan
-Goreng ubi kentang dengan api yang perlahan. Tak perlu goreng sehingga garing . Hanya setakat ubi kentang tenggelam  di dalam minyak untuk seketika dan angkat
-Goreng semula kentang tersebut menggunakan api yang kuat sehingga kuning keemasan.
-Angkat dan toskan serta taburkan garam dan lada sulah
-Makan bersama ‘brown sauce dan cream cheese
Sedap hingga menjilat jari