Food Hunting in Penang … and more
Vacation Time: Rangkuman Penang Trip kami yang awesome

Food Hunting in Penang … and more

Awal bulan ni hari tu, kami sekeluarga packed our bags and drove up to Penang dengan objektif utama untuk bersukaria.

Bila anak-anak dah dewasa ni memang payah nak dapat kumpulkan semua untuk bercuti bersama-sama.

Tu baru tiga orang anak. Kalau enam tujuh orang lagi pening nak cari date yang semua orang boleh setuju.

Anyways, sememangnya kami ke Penang untuk menghadiri majlis kenduri doa selamat oleh Ayah Anjang, pak saudara suami saya yang memang dah menetap di Penang.

Apa lagi, sementelahan dah sampai Penang ni kami pun ambil peluang lah untuk bercuti terus.

Kami menginap di Lexis Resort, Penang (resort yang ada kolam di setiap bilik tu) selama tiga malam.

Selepas menghadiri majlis di rumah Ayah Anjang di Island Glades kami pun check in di hotel. Niat kali ni nak nak mencuba seobanyak mungkin makanan-makanan sedap dan popular di Penang ni.

Selalunya datang Penang memang tak dan nak menyinggah.

Malam pertama kami ke Padang Kota pi pekena pasembur, rojak sotong, char kuey teaw dan sebagainya. Awesome. Lepas tu kami merayau-rayau ke sana ke mari sehingga ke lewat malam sehinggalah sampai di depan Nasi Kandaq Beratoq pulak. Haaa, yang ni untuk supper la plak kan.

Esoknya, kami mulakan hari dengan breakfast roti canai yang terkenal di Transfer Road. Sambil-sambil tu kami order jugak roti bakar goyang. Adoi, rosak diet cenggini. Sedap.

Selepas tu kami menyusuri jalan hinggalah ke Moody Cow Café sebab nak rasa Cheese Cake yang dikatakan sedap. Cafenya agak unik sebab dah lah gelap dan macam ala-ala old royal French punya décor la plak. Cheese cake besar-besar tetapi entahlah, pada Kak Yan tak de lah special mana pun. Mungkin sebab Kak Yan rasa keknya overpriced sangat2.

Selepas tu we found out that tempat tu tak jauh dari Chowrasta Market, maka ke situlah tujuan kami selepas tu – sebab nak check  out the second hand bookstores yang banyak di situ.

Selepas tu kami pi pekena Cendol yang famous kat Penang Road sebelum pulang ke hotel.

Petang tu Ayah Anjang dan anak cucu mai dtg bilik hotel untuk mandi kolam pulak.

Esoknya was reserved for our BFF, Associate Professor Dr Azwan Azmawati from USM who also came to mandi-manda di hotel.

Dah mandi tu lapar la plak, so Azwan pun mengajak kami untuk merasa Nasi Dalca Rahim somewhere in Lebuh Chulia. OH MY GOD. Punyalah sedap macam nak menangis kami makan. Alhamdulillah.

Malam tu memang tak tau nak cakap la macammana kenyangnya kami.

On our last day, and after checking out from the hotel, kami pi cari lunch dulu. Azwan asked us to try Nasi Kandar Imigresen near Lorong Pasar. Pun sedap jugak.

Tu belum lagi kalau kami pergi ke Deen Maju dan Nasi Kandar Kg Melayu lagi. Memang bahaya duduk di Penang ni lama-lama.

Apapun it was a nice break for all of us (we ended our visit by visiting Cheong Fatt Tze Mansion yang penuh sejarah itu). Tiba-tiba berasa nak jadi cultured plak kan. Alhamdulillah. Semoga ada peluang lagi untuk kembaali bercuti ke Penang. InshaAllah.

Leave a Reply