An Experience Of A Lifetime With Chef Wan
One with The Hero: Clowning around with Chef Wan

An Experience Of A Lifetime With Chef Wan

Di dalam hidup masak-memasak Kak Yan ni, Chef Wan adalah my culinary hero lah.

So bila Kak Yan mula mendapat job as untuk menyediakan hidangan di Astro Go Shop, adalah sekali dua Kak Yan nampak kelibat Chef Wan ni di studio sebab dia pun (macam Pak Nil) ada shopping show dia sendiri yang dipanggil Chef Wan – The Shopping King.

Dan dari apa yang Kak Yan tahu, prep chef untuk show Chef Wan ni adalah chef-chef yang banyak pengalaman. Lagipun Kak Yan dengar Chef Wan ni cerewet.

Kak Yan memang tak ada angan-angan lah nak kerja alongside Chef Wan, sebab Kak Yan ni cuma seorang homecook dan bukannya ada team yang ramai untuk bantu di dapur.

Selalunya Kak Yan ditemani oleh anak saudara Kak Yan yang sangat reliable Affan bila ke Astro. Dan bila mereka ada masa lapang, suami dan anak-anak akan turun padang jugalah.

Anyway, sewaktu pertengahan bulan puasa yang lalu, tiba-tiba Kak Yan menerima panggilan telefon dari Nina, salah seorang producer Go Shop.

Dia mempelawa Kak Yan untuk prep food untuk rancangan The Shopping King. APA?

Awalnya memang automatic je Kak Yan nak cakap tak boleh (sebab tak berani) tetapi setelah berbincang dengan suami tiba-tiba datang semangat nak terima. Chef Wan kot?

So, tanpa fikir panjang, Kak Yan pun terimalah tugasan tersebut. Memang dua tiga hari lah Kak Yan tak tidur malam membuat prep dari rumah lagi. Memasak untuk Go Shop ni selalunya memerlukan kita memasak sedap, banyak dan tampak menarik.

Dan bermulalah journey Kak Yan memasak untuk Chef Wan. Hampir setiap minggu Kak Yan membuat prep untuk rancangan tersebut – dari produsernya Nina dan sehinggalah producer tetapnya kembali dari cuti iaitu Jessica.

Selain rancangan langsung setiap Jumaat tu, Kak Yan juga bertanggung-jawab membuat prep untuk segmen Kejutan Chef Wan, di mana Chef Wan datang memasak di rumah peminat-peminat beliau yang terpilih.

Saban minggu Kak Yan akan ke Sepang, Kelang, Shah Alam, Kampung Pandan dan banyak  lagi rumah peminat yang dikunjungi.

Awal September yang lalu merupakan episode terakhir bersama Chef Wan. Sayu pulak rasa hati.

Yang penting Kak Yan telah belajar terlalu banyak sangat benda dengan Chef Wan. Beliau sangat tidak lokek dengan tips dan nasihat. Ya, memang dia cerewet tetapi cerewet dia bersebab dan memang logik.

Ya, memang dia kadang-kadang bermulut laser tetapi Kak Yan tak ada lah pulak nak terasa hati ke apa ke. Kak Yan ketawa lagi ada lah. Dan dia seorang yang amat kelakar dan boleh bercakap non-stop.

To me, Chef Wan is a very kind-hearted person. In fact, he is very supportive too (he was so happy when Kak Yan bagi dia dua buah buku terbaru Kak Yan) and always thank us people di belakang tabir yang membantu dia saban minggu.

Chef Wan is not just a brilliant chef but he is actually a consummate entertainer.

Thank You, Tok Wan!

An Experience Of A Lifetime With Chef Wan
Tulang Belakang: Thank you so much Tok Wan, Jessica and Gene. Love you guys.
An Experience Of A Lifetime With Chef Wan
Masterpiece: satu rumah stayed up nak hiris ulam-ulaman Asi Ulam Chef Wan. Alhamdulillah dapat thumbs up from Tok Wan.
An Experience Of A Lifetime With Chef Wan
Penglipur Lara: Dua Hosts Go Shop tersohor Hazim dan Sufian.

This Post Has 2 Comments

  1. whoaaaaa..jelesnya kite kak yan. apapon tahniah kerana dpt bekerja dgn dato chef wan. dan mekasehhhh byk2 jugak sebb kak yan slalu share simole resepi kat ig tu haa..kmai simpan utk ramadhan nx year…hikhikhukkk 💟💋

    1. Azian Hasan

      Sama -sama . Banyak belajar dari Chef Wan tu. Nanti Kak Yan share lagi resepi yang best-best ye.Thank You.

Leave a Reply to Azian Hasan Cancel reply