Ayam Bakar Berkacang

Ayam Bakar Berkacang

Salah satu juadah hari raya yang Kak Yan tak pernah ‘miss’ buat ialah kuah kacang. Walau macamana sibuk atau walau macamana tak sempat sekali pun, kuah kacang mesti ada dekat atas meja.

Sikit atau banyak, wajib ada.

Yang peliknya hanya Kak Yan seorang sahaja yang makan kuah kacang. Suami dan anak-anak tak suka sangat. Jarang sangat tengok mereka makan kuah kacang tu. Tak suka sangat kata mereka.

Tapi kalau kuah kacang satay tu suka pulak makan.

Pelik.

Tapi kali ini Kak Yan buat ayam berkuah kacang. Bumbunya lebih kurang seperti masak kuah kacang. Cumanya ianya agak kering.

Ayam digaul bersama kuahnya, diletakkan daun limau purut dan daun selasih diatasnya dan di bakar di dalam ketuhar.

Adoi lagi lah berbunga-bunga hati Kak Yan ni. Dah la suka makan ayam bakar, ada pulak kuah kacang. Memang ‘all in one ‘ la.

Bila bukak daun pisang tu, tercium dulu aroma kuah kacang bercampur dengan aroma daun limau purut dan daun selasih. Aduh…mana boleh tahan macam ini.

Kak Yan suka ayam ni.

Suami dan anak-anak Kak Yan pun suka.

Cuba lah, mesti suka jugak.

Ayam Bakar Berkacang

Bahan-bahannya:
8 ketul ayam
5 sudu besar cili kering kisar
200 ml santan kelapa pekat
1 sudu besar gula merah/gula kabung
200 g kacang tanah (digoreng dan dikisar)
1 sudu besar air asam jawa
5 sudu besar minyak masak
5 keping daun pisang

Bahan Kisar:

2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan cili kering kisar dan masak hingga minyak terbit di permukaan.
Masukkan kacang, gula merah, garam air asam jawa. Masak selama 5 minit.
Masukkan ayam dan santan. Masak sehingga ayam separuh masak.

Sejukkan dan kemudian bungkus ayam menggunakan daun pisang. Letak daun limau purut dan daun
selasih dia atasnya. Selit di kedua-dua hujungnya dengan pencungkil gigi.
Susun ke atas dulang pembakar dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 220C.
Apabila sudah masak, hidangkan bersama daun selasih.

Leave a Reply

Recipe Rating