Ayam Bawang Berempah

Ayam Bawang Berempah

Ramadhan Kareem kepada semua pembaca blog Kak Yan.

Bila dah masuk bulan puasa ni, kepala memang asyik memikirkan apa yang nak dimasak untuk berbuka, bersahur, nak buat kuih apa, bubur apa dan macam-macam lagi lah.

Dalam masa pkp ini pulak, keadaan berpuasa juga agak berbeza. Kalau dulu bila teringin nak makan kuih-muih tradisional atau bubur, Kak Yan akan beli sahaja di pasar ramadan. Tak berbaloi buat di rumah. Sebabnya hanya Kak Yan sahaja ynag suka makan macam itu.

Anak-anak dan suami lebih sukakan kuih-muih yang pedas atau pasta. Jadi Kak Yan memang akan pastikan untuk memasukkan menu tersebut ke dalam hidangan berbuka puasa kami.

Begitu juga dengan lauk pauk. Kalau seafood tu memang slow lah nak menghabiskannya. Kebiasaannya kami suka lauk ayam, ikan dan daging. Semua kena masak pedas-pedas. Kena lagi kalau masak ikan keli berlado, tak dan nak simpan untuk sahur.

Apapun resepi ini Kak Yan juga ada kongsi di website majalah Rasa. Pada hari pertama berpuasa yang lepas, Kak Yan bersiaran di FB Live Majalah Rasa. Kak Yan kongsikan resepi ayam bawang berempah ini. Kalau nak tengok video Kak Yan tu boleh pergi klik disini. Bolehlah tengok dan share ye.

Yang dah sedia nak masak ayam bawang berempah, ni ha bahan-bahan dia. Senang aje sebab semua bahan-bahan tu ada kat rumah ye.

Ayam Bawang Berempah

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (potong 16)
3 biji bawang merah besar (dimayang halus)
1 simpul daun pandan
Sedikit daun kari
3 sudu besar madu
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar seebuk jintan putih
1/4 sudu besar serbuk cili
1/4 sudu besar garam masala
1/4 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar air asam jawa
Bahan Tumis
:

4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 1/2 inci halia (dicincang halus)
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing. Angkat dan toskan
Gaul ayam dengan garam dan kunyit
Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan
Tinggalkan dalam 4 sudu besar minyak
Masukkan semua bahan tumisan dan masak sehingga bawang perang,
Masukkan daun pandan, daun kari dan kesemua rempah
Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
Masukkan sos tiram dan cili sos
Masukkan ayam dan gaul rata
10.Tuangkan madu dan masukkan bawang goreng
11.Gaul rata dan masak sehingga kuah pekat

Leave a Reply

Recipe Rating