Lauk Simple – Ayam Coca-Cola

Lauk Simple – Ayam Coca-Cola

Pernah tak tengok video masakan Kak Yan dengan hashtag #inspirasirasakakyanjam6 petang?

Ini adalah resepi pertama yang Kak Yan kongsikan di dalam video tersebut. Antara resepi mudah yang Kak Yan suka sangat. Rasa coca-cola tu sangat kena dimasak dengan ayam. Dulu Kak Yan pernah cuba masukkan coca-cola dalam masakan daging bersama tauhu. Sedap jugak jadinya.

Ala…coca-cola tu bukannya nak bubuh satu botol. Masukkan sikit jer. Nak bagi kelainan rasa dan secara tidak langsung dapat melembutkan ayam. Bila kita masukkan air berkarbonat ke dalam masakan yang sedang dimasak, segala gasnya hilang. Yang tinggal adalah rasa masam manisnya sahaja.

Itulah yang menjadikan rasanya lain dari yang lain. Sekali sekala tukar sikit bahan-bahan masakan apa salahnya kan. Boleh tengok video masakan di Instagram Kak Yan.

AYAM COCA-COLA

Ayam Coca-Cola

Bahan-bahannya:
5 ulas bawang putih(dicincang halus)
1ekor ayam(dipotong kecil)
5 sudu makan kicap cair
1 tin coca-cola
5 sudu makan minyak masak
1 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh kicap biasa/kicap pekat
2 sudu makan tepung jagung dibancuhkan dengan sedikit air
2 biji cili merah(dihiris halus)
4 tangkai daun bawang(dihiris halus)
Cara membuatnya:
Perap ayam bersama kicap cair selama 10 minit
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan ayam tadi dan biarkan ianya mendidih. Tutup kuali dengan penutupnya.
Masukkan coca-cola, garam, serbuk lada sulah dan kicap. Gaul sebati
Tuangkan campuran tepung jagung dan biarkan sehingga ayam betul-betul masak dan kuahnya pekat.
Akhir sekali masukkan cili merah dan daun bawang. Kacau rata dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.

Leave a Reply

Recipe Rating