Bihun Singapura

Bihun Singapura

Dulu Kak Yan panggil bihun putih tetapi sejak kebelakangan ini barulah tahu yang nama sebenarnya ialah bihun Singapura.

Kak Yan suka makan bihun macam ini tetapi agak jarang masak bihun ini dirumah. Anak-anak Kak Yan tidak berapa gemar bihun yang kurang pedas. Bagi mereka kalau tak pedas tu boleh jatuh carta jadinya.

Jadi kalau Kak Yan nak masak jugak bihun ni kena lah buat sambal kicap pedas kaw, kaw semangkuk besar. Baru lah naik carta balik bihun ni di rumah Kak Yan.

Tapi dalam hati Kak Yan bihun inilah carta nombor satu (dah memang suka makan bihun macam itu lah).

Bihun Singapura

Bahan-bahannya:
1 bungkus bihun (direndam sehingga lembut dan ditoskan)
5 ulas bawang putih
2 ketul pati ikan bilis
150g isi ayam (dipotong dadu)
¼ biji kobis (dihiris halus)
1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
Secekak daun kucai (dipotong pendek)
2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh kicap cair
1 ½ sudu teh garam
4 sudu makan minyak masak
2 cawan air
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan isi ayam dan masak selama 2 minit.
Masukkan air, stok ikan bilis, serbuk lada sulah, kicap cair dan garam, Biarkan
mendidih.
Masukkan lobak merah, bihun, daun kucai dan kobis.
Gaul rata dan masak sehingga bihun lembut.
Hidangkan bersama sambal kicap.

Leave a Reply