Minum Petang – Biskut Lutut Berkelapa

Minum Petang – Biskut Lutut Berkelapa

Bila ternampak sahaja biskut lutut ni, automatik teringatkan zaman sekolah rendah. Dulu kami panggil roti lutut. Cuma sekarang orang dah panggil biskut lutut.

Kak Yan lagi selesa guna perkataan roti lutut sebenarnya. Dah terbiasa.

Selain dari cicah roti lutut denga kopi o pekat, kami sekeluarga memang suka buat roti lutut berkelapa. Sedapnya tak terkata.

Selalunya kami makan masa petang. Duduk bawah pokok rambutan menghadap padang bola sekolah. Makan roti lutut berkelapa dengan teh o atau kopi o panas-panas memang ‘de bomb’.

Tahu tak roti lutut ni yang mana satu? Penat aje nanti Kak Yan bercerita tapi tak tau roti lutut yang mana satu kan.

Tengok video DISINI dan nanti tahulah yang mana satu roti lutut yang Kak Yan cakap ni.

Agak susah jugak nak dapat roti lutut yang macam dulu-dulu. Yang sekarang ni agak kurang rasa lemaknya. Tapi masih lagi sedap bila dimakan bersama kelapa dan gula.

Dulu guna kelapa ‘fresh’. Bila nak buat barulah dikukur kelapa tu. Bila kelapa ‘fresh’ dicampurkan dengan roti lutut dan gula, apalagi…berebutlah kami makan.

Lagi satu roti lutut berkelapa ini tahan lama jugak. Kalau masuk dalam bekas kedap udara, dua hari pun tahan.

Nanti kalau jumpa roti lutut, boleh lah buat macam ini ye.

BISKUT LUTUT BERKELAPA

Biskut Lutut Berkelapa



Bahan-bahannya:
4 atau 5 biji roti lutut
Segendam kelapa putih
5 sudu besar gula
Cara membuatnya:
Tumbuk roti lutut kasar-kasar.
Masukkan ke dalam bekas dan campurkan bersama kelapa. Gaul rata
Masukkan gula dan kacau. Tambah gula dan kelapa mengikut citarasa.
Sedia untuk dimakan


 


 






Leave a Reply

Recipe Rating