Walaupun betapa sedapnya makan pai, croissant, sandwich dan macam-macam jenis makanan yang nampak cantik dan sedap tetapi bila dihidangkan cucur bawang, lain macam rasa seronoknya.
Kena pulak cucur tersebut ada udang, ranggup dan makan masa panas-panas. Bayang kan sahaja lah kepuasannya kan.
Sedari dulu Kak Yan memang panggil cucur bawang. Sebab selalunya, dulu masa Kak Yan kecil-kecil kami bubuh bawang sahaja dalam cucur tu. Iye lah dah duduk ramai-ramai kan, macam itu lah kaedahnya.
Walaubagaimanapun, bubuh bawang sahaja pun dah sedap. Tambah pulak sikit kucai, bertambah lah sedapnya..
Itu lah sebabnya kami panggil cucur bawang. Kalau ada udang di dalamnya, panggillah cucur udang. Kalau bubuh ikan bilis di dalamnya, dipanggil cucur ikan bilis pula.
Selalunya kalau Kak Yan rajin, Kak Yan akan buat pencicahnya sekali. sambal cicah tu dipanggil sambal cuka. Ada rasa masam dan manis.
Aduhai sedapnya cicah cucur bawang dengan sambal cuka. Mau sekuali pun tak cukup.
Apa pun jom kita tengok resepi dulu. Kali ini Kak Yan bubuh udang.
Buat cucur apa sekali pun, selalunya main agak-agak sahaja. Jadi tak perlu ikut resepi serius sangat ye. Boleh aje tambah dan kurangkan kuantiti tepung.
