Go Perak – Ada Apa Dengan Bubur Gandum?

Go Perak – Ada Apa Dengan Bubur Gandum?

Kak Yan memang pengemar bubur. Tak kisahlah apa jua jenis bubur, boleh dikatakan semuanya Kak Yan suka. Tetapi kat rumah ni semua orang tak makan bubur maka memang jaranglah Kak Yan nak masak bubur-bubur ni. Asyik-asyik Kak Yan sorang je yang makan. Mana aci. (Okay, tuan suami ada lah juga makan sikit2).

Oleh kerana itu bila pergi kedai makan ke atau kenduri orang kahwin  ke, Kak Yan tak lepas peluang lah kalau ada bubur-bubur ni dihidangkan. Masa inilah Kak Yan ambil peluang merasa bubur yang disukai ini.

Salah satu bubur yang Kak Yan suka ialah Bubur Gandum. Masa Kak Yan kecik2 dulu, memang selalu makan bubur gandum nih. Arwah Bapak dan Arwah Mak memang peminat tegar bubur gandum ni…. kini menurun le plak ke anak bongsu deme yang satu ni. Seingat Kak Yan, dulu-dulu bubur gandum ni selalu dijual di kaki-kaki lima kedai. Di hometown Kak Yan lah.

Masa Kak Yan kecik-kecik dulu, bubur gandum ni boleh dikatakan menu wajib untuk majlis kenduri tahlil ke, doa selamat ke atau apa2 jua majlis sekali pun. Malah ia antara hidangan obligatory pada bulan puasa.  Sebab apa? Sebab ia sedap dan mudah disediakan.

Makanya, marilah kita hidupkan nostalgia lama dulu-dulu dengan memasak bubur gandum untuk kaum keluarga dan sahabat kita. Jom.

.

Go Perak – Ada Apa Dengan Bubur Gandum?

Materials

  • 1/2 cawan gandum (Dibasuh dan direbus sehingga lembut)
  • 450 ml santan
  • 1/2 cawan gula putih
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan(Disimpul)

Instructions

  • Masukkan santan ke dalam periuk bersama gandum, gula, garam dan daun pandan
  • Jerang diatas api yang sederhana dan sentiasa mengacaunya supaya santan tidak berkepala
  • Masak sehingga mendidih.

Leave a Reply

Recipe Rating