Nyonya Corner – Ikan Belanda

Nyonya Corner – Ikan Belanda

Kak Yan dah lupa dekat mana Kak Yan dapat resepi ni. Mungkin Kak Yan ada dengar orang bercerita pasal resepi ni dan Kak Yan terus buat.

Yang Kak Yan pasti masakan ini ialah  masakan Nyonya. Boleh juga di panggil Ikan Branda. Tapi rasanya nama Ikan Belanda lah yang popular.

Kali ni Kak Yan masak guna ikan jenahak. Resepi ni tak kisah pun guna ikan apa. Tapi di sarankan guna ikan yang banyak isi. Nak guna telur pun boleh.

Bila bawang merah dan bawang putih di goreng dahulu dan kemudian dimasukkan ke dalam kuah. Baunya jadi wangi. Rasanya pun makin sedap.

Jadi tiap kali Kak Masak lauk ni selalu aje Kak Yan lebihkan bawang. Tapi masa goreng bawang tu jangan lah goreng sampai hangus. Biar sedang-sedang elok aje warnanya.

Jangan goreng bawang dan lepas tu tengok televisyen ye.

Ikan Belanda

Bahan-bahannya:
2 keping ikan jenahak (boleh guna ikan tenggiri atau pun ikan merah)
3 ulas bawang putih(Dihiris halus)
6 biji bawang merah kecil(Dihiris halus)
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
2 sudu makan minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga warna keemasan.Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, goreng bawang sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
Selepas itu goreng bawang putih pula. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak untuk menumis dan masukkan kulit kayu manis.
Tuangkan air asam jawa dan air secukupnya.
Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan ikan, garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng tadi.
Hias dengan bawang goreng dan hirisan cili merah.

Leave a Reply