Ikan Masin Goreng Bawang

Ikan Masin Goreng Bawang

Tak ada apa istimewanya tentang post kali ini. Cuma masak ikan masin goreng dengan bawang dan cili kering sahaja.

Terlalu banyak isu berkeliaran di socme yang boleh buat pening kepala. Tak nak baca, tangan ni asyik gatal jer nak membukak fb, instagram, twitter bagai.

Kadang-kadang tu nak tengok update pasal covid-19 tapi dah terbaca cerita orang sini sana. Ada yang jenis nak mengutuk orang memanjang. Sikit-sikit kutuk. Orang buat apa pun semua tak betul. Dia aje betul .Macam-macam lah.

Tapi Kak Yan masih seperti biasa.

Hari-hari kena buat kerja macam biasa. Kena selalu update pasal masak memasak. Nak siapkan buat buku. Nak shoot gambar untuk buku.

Cumanya aktiviti yang buat kat luar sahajalah yang kena tangguh.

Dari dulu lagi memang Kak Yan selalu share resepi , tulis blog dan macam-macam lagi. Kalau tak silap dari tahun 2007 lagi. First time tulis blog pun ada orang kutuk. Kata mereka semua hal nak tunjuk kat orang la. Tak reti menulis nak buat blog la. Dan macam-macam lagi.

Kak Yan peduli apa. Sebabnya Kak rasa seronok sangat bila dapat kongsi resepi dengan orang lain. Dapat bagi idea masak kepada orang lain. Dapat bagi tips dan sebagainya. Kalau nak digambarkan perasaan itu dalam satu perkataan ialah ‘bahagia’.

Dari tahun 2007 sampai lah sekarang, penuh FB dan sekarang IG Kak Yan dengan gambar makanan. Bayangkan lah dah banyak mana.

Ramai lagi orang macam Kak Yan. Malah yang lagi aktif pun ramai.

Tapi bila masa wabak covid-19 ni, kami yang selalu letak gambar makanan ni kena kutuk. Kata mereka tak ada rasa simpati dengan orang yang susah. Seolah-olah kami ini sangat lah tak ada hati dan perasaan. Ala-ala macam kejam gitew.

Ehhhh….kami yang memang dari dulu update socme kami dengan makanan ni memang nak menunjuk ke? Habis tu yang rancangan masakan kat TV tu pun nak menunjuk ke?

Well, rasanya orang yang keluar kan isu ini adalah orang yang sama semenjak dahulu lagi. Dia memang selalu tak puas hati ker dia malas masak?

Sedikit sebanyak kami yang selalu share resepi memasak ini dapat lah membantu mereka-mereka yang nak memasak di rumah tu. Yang sebelum ini jarang-jarang masuk dapur, boleh lah tengok video masak kami ni. Yang tak ada idea nak masak, boleh lah rujuk resepi-resepi dari kami ini . Harap membantu.

Yang bab nak tolong orang tu adalah rahsia Allah. Tolong orang dengan ikhlas tak payah nak mencanang kat orang lain.

Kesimpulannya, nak buat apa pun niatkan kerana Allah. Nilaian Allah tu tang mana kita tak tau.

Berbalik kepada pos hari ini dengan menu ikan masin goreng bawang.

Sapa rasa terliur tengok gambar tu?

masak simple jer tapi boleh terliur kan.

Ikan Masin Goreng Bawang

Bahan-bahannya:
Isi Ikan masin (ikan apa pun tak apa)
1 biji bawang merah (dipotong membulat)
5 tangkai cili kering (dipotong pendek)
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga garing. Angkat.
Dengan menggunakan lebihan minyak, goreng bawang sehingaa keperangan. Angkat dan letakkan bersama ikan masin tadi.
Goreng cili kering sekejap sahaja. Angkat dan letakkan ke atas ikan masin tadi.
Ambil sedikit minyak lebihan tadi dan tuangkan ke atas ikan masin.
5 from 1 vote

This Post Has 2 Comments

  1. 5 stars
    salamm.. kak yan. abaikan je mangkok2 yg mengutuk tu. tahtah padahal lepas tu dia pon masak sama ikot resepi kak yan. btw, kita folo resepi kak yan yg bekal utk bdk2 tu.. nyumm

Leave a Reply to puteriduwe Cancel reply

Recipe Rating