Kerabu Pucuk Paku

Kerabu Pucuk Paku

Hari ini suami Kak Yan ‘request ‘ buat kerabu pucuk paku. Kebetulan pagi tadi kami ke pasar. Ternampak pucuk paku yang segar. Mula-mula tu ingat nak buat gulai lemak pucuk paku. Tapi semalam dah buat masak lemak lobak putih. Takkan tiap-tiap hari nak makan sayur berlemak kan.

Sebenarnya bila bercakap pasal kerabu pucuk paku ini memang teringatkan kerabu pucuk paku di kedai Chef Wan, De.Wan 1958.

Sedapnya kerabu dekat situ. Teringat-ingat sedapnya. Rasanya itulah kerabu paling sedap yang Kak Yan pernah makan.

Buat kerabu ini bukan sahaja bahannya kena cukup. Cara menggaulnya pun ambil peranan jugak.

Kalau menggaul tu biar masuk bahan tu sedikit demi sedikit. Biar mesra.

Barulah rasanya mantap.

Kalau bersembang pasal kerabu ini. Macam-macam sayur boleh dijadikan kerabu. Macam-macam cara kerabu dibuat. Ada juga urap yang dimasukkan kelapa yang disangai. Itupun Kak Yan suka.

Selalunya Kak Yan buat kerabu gunakan rencah udang kering. Boleh juga gunakan kerang, udang ataupun perut. Ikut selera sendiri kan.

Kak Yan juga ada kongsi resepi kerabu jantung pisang style Trengganu dan kerabu nangka. Boleh tengok disini

dan disini..

Kerabu Pucuk paku ini , Kak Yan guna resepi kerabu nangka. Boleh dapatkan disana ye.

Leave a Reply