Ketam Rebus

Ketam Rebus

Arwah Mak dulu ajar, kalau nak masak ketam tak payah nak beria sangat. Rebus ketam, masukkan bawang merah, cili merah dan siat-siatkan daun kunyit. Bubuh air secukupnya dan perasakan dengan garam. Rebus sampai ketam masak.

Bahan-bahan itu pun jangan banyak sangat, nanti hilang rasa ketam tu.

Ya ampun. Masak ketam macam ini lah yang terbaik. Hirup kuahnya sahaja dah sedap, inikan lagi makan isinya. . Rasa fresh.

Semenjak itu, memang itu sahaja lah resepi ketam yang Kak Yan tahu. Mungkin jugak kami ini ramai duduk serumah. Kalau masak beria-ria nanti, tak cukup pulak ketamnya. Dah la memang jarang dapat makan ketam.Agaknya, itu lah tektik Arwah Mak nak bagi adil pada semua orang. Nak bagi semua orang merasa. Sama rasa sama rata.

Tapi kan, bila dah rasa segala macam resepi ketam, ketam rebus ini lah yang paling Kak Yan suka.Biar lah orang kata sedapnya chilli crab, ketam gulai lemak ke atau kari ketam ke. Kak Yan masih suka ketam rebus yang masak simple macam ini.Hirup kuahnya pun dah rasa nikmat. Belum lagi makan isinya yang manis tanpa rasa bahan-bahan lain.

Sedapnya la pulak. Dah rasa sedap dah dekat tekak ni. Esok nak pergi ke pasar cari ketam lah.

Terima kasih Mak untuk resepi ini.

Ketam Rebus

Bahan-bahannya:
4-5 ekor ketam
1 biji bawang merah besar
2 biji cili merah
1 helai daun kunyit
Garam dan air secukupnya
Cara membuatnya:
Nersihkan dan potong ketam kepada dua bahagian.
Hiris bawang dan cili merah.
Siat-siatkan daun kunyit
Masukkan kesemuanya ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya.
Masak sehingga ketam masak ataupun mendidih.
Perasakan dnegan garam.

Leave a Reply

Recipe Rating