Manisan Popular – Kuih Ketayap

Manisan Popular – Kuih Ketayap

Buat kuih ketayap ni nampak macam senang aje. Tapi kalau silap haribulan boleh jugak tak menjadi. Kadang-kadang bancuh tercair sangat dan melekat kat kuali. Kadang-kadang terbancuh pekat sangat dan kulit ketayap jadi tebal macam selimut.

Itu lah yang menjadikan kadang-kadang tu lebih suka beli dari buat sendiri kat rumah.

Tapi makan kuih ketayap ni bukan sahaja kulit kena cantik, inti pun kena mantap kan. Baru lah setiap gigitan tu terasa ada ‘wow’ nya.

Kak Yan pernah makan kuih ketayap yang intinya guna kelapa yang tua atau pun dia guna kelapa yang dah diguna pakai gamaknya. Terus tak ada perasaan nak makan lagi. Ada jugak yang intinya tawar semacam. Tak kena lah dengan selera Kak Yan.

Maka setiap kali nak makan kuih ketayap, Kak Yan selalu pujuk diri supaya buat sendiri. Biar penat sikit asalkan puas hati.

Kuih Ketayap

Kuih Ketayap

Bahan-bahannya:

Inti
150 gram kelapa putih
80 gram gula merah
100 ml air
1/4 sudu teh garam
Sehelai daun pandan(disimpul)
Cara membuatnya:
Didihkan air dan kemudian masukkan gula merah dan daun pandan.
Masak sehingga gula merah larut.
Masukkan kelapa dan garam dan masak sehingga intinya agak kering
Kulit ketayap
Bahan-bahannya:
130 gram tepung gandum
10 gram tepung jagung
250 ml pati santan
50 ml air pandan(daun pandan dikisar dan ditapis)
1 biji telur
1/4 sudu teh garam
Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan.
Gunakan whisk atau kisar kesemua bahan dan tapis
Panaskan non-stick pan (letak sedikit minyak) dan tuangkan satu senduk adunan.
Ratakan adunan menggunakan belakang senduk
Apabila kulitnya sudah merekah-rekah di tepinya, angkat.
Letakkan inti ditengah-tengahnya, lipat tepinya dan gulung dengan kemas

Leave a Reply

Recipe Rating