Western Take – Macaroni And Cheese

Western Take – Macaroni And Cheese

Bagi sesiapa yang mengikuti #inspirasirasakakyanjam6petang pasti sudah mencuba resepi Mac and Cheese Kak Yan. Sapa yang dah cuba sila angkat tangan.

Ini adalah video yang paling banyak views. Kak Yan buat pun pakai cin-cai aje. Niat tu nak kongsi segala resepi dan tips yang Kak Yan tahu kepada semua orang. Tak sangka pula mendapat sambutan yang hebat. Alhamdulillah.

Era sekarang ni mak-mak sangat mengambil berat tentang masakan yang memenuhi cita rasa anak-anak. Sepanjang Kak Yan buat video selama 30 hari #30dayschallenge , kebanyakan resepi yang mendapat sambutan adalah makanan kegemaran anak-anak. Yang untuk orang dewasa jatuh nombor dua.

Bagus kan macam tu. Suka sangat. Nampaknya mak-mak dah terinspirasi nak mencuba sesuatu yang baru untuk menggembirakan hati anak-anak dan keluarga .

Lepas ni Kak Yan akan cuba kongsi banyak lagi resepi yang sedap-sedap ye. Harap tak jemu.

Oh ye. Resepi Mac and Cheese ni boleh agak-agak sahaja kuantitinya. Tak payah accurate sangat. Contohnya, masa masukkan susu tu kadang-kadang kena lebih sikit bergantung juga kepada api dapur kan. Cuma kuantiti mentega dan tepung sahaja yang kena betul.

Nak tau cara membuatnya. Boleh tengok DISINI ataupun follow Kak Yan di IG/azianhasan dan scroll sampai jumpa video mac and cheese.Selamat mencuba

Mac and cheese

Macaroni And Cheese

Bahan-bahannya:
1 bungkus macaroni
2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
3 cawan susu segar
150g keju cheddar
3 sudu makan daun kucai
1 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh garam

Leave a Reply

Recipe Rating