Menjadi Assistant Chef Wan lagi
Suasana di tapak rakaman

Menjadi Assistant Chef Wan lagi

Tadi Kak Yan belek-belek blog Kak Yan yang satu ni dan baru terperasan yang tahun ni Kak Yan tak pernah lagi menulis di ruangan Catatan Santai. Dah masuk tengah bulan March dah pun.

Bukannya tak de cerita tapi sibuk nya ya amat. Lagipun Januari lalu suami Kak Yan pun tak sihat. Memang ke sana sini lah jadinya. Lepas tu apa lagi ya? Oh ya, Kak Yan pun sibuk mengumpul bahan dan buat research untuk buku terbaru Kak Yan – nantikan kemunculannya tidak lama lagi.

Apapun sejak seminggu lalu Kak Yan sibuk pulak jadi Assistant Chef kepada chef number satu Malaysia Chef Wan untuk rancangan masakan untuk bulan Ramadan yang bakal menjelang nanti.

Untuk rancangan ini, yang akan disiarkan di Astro Prima pada bulan puasa nanti, Chef Wan bergandingan dengan artis jemputan setiap hari. Seronok sebab ini pengalaman pertama merakam rancangan masakan di skala sebegini. Selama ni Kak Yan bila beraksi di Borak Kopitiam dan Go Shop semuanya disiarkan secara langsung sahaja. Habis masak di TV habis lah ceritanya.

Suasana Rewang la plak

Tetapi di sini masa rakaman memang memakan masa. Seronok pulak belajar benda baru. Tambahan pulak crew yang terbabit semuanya best belaka. Dan lagi satu memang terpakulah Kak Yan melihat betapa rajinnya mereka ni semua. Bekerja dengan penuh semangat mereka ni. Salute sangat.

Bukti jumpa artis

Apa pun pengalaman ini sangat berharga bagi Kak Yan sementelahan dapat lagi belajar banyak benda dengan Chef Wan. Best sangat dapat ilmu baru. Selain itu dapat jugak jump aartis… kemain Kak Yan ye…walapun ada juga artis yang Kak Yan tak kenal -terutama yang muda-muda ni.

Leave a Reply