Nak dijadikan cerita disebabkan suka sangat dengan kuih yang menggunakan ubi kayu, Kak Yan terjumpa satu resepi kuih ubi kayu steam bersantan. Dalam bahasa inggerisnya dipanggil ’steamed cassava with shredded coconut’. Ada jugak yang panggil’ steamed cassava cake’. Tetapi yang cassava cake tu agak complicated sikit.
Dulu Kak Yan pernah buat kuih lapis ubi kayu. Yang bawahnya ubi kayu dan atasnya santan. Suka sangat makan kuih tu, tapi dah hilang pulak resepinya.
Ingat lagi masa tu Kak Yan buat kuih untuk jual. Tumpang dekat gerai jiran. Apa aje kuih yang Kak Yan baru tahu buat terus buat jual. Masa tu baru lepas kahwin, mana la pandai buat kuih muih ni. Pakai belasah aje lah.
Sekarang ni makin malas nak buat kuih. Kerja renyah-renyah macam tu memang Kak Yan malas. Lagipun kalau petang-petang hari hanya Kak Yan sahaja yang ada kat rumah. Malas lah nak buat kuih muih sangat. Kalau teringin beli aje.
Tapi buat kuih ini tak lah renyah sangat. Tak ambik masa lama pun. Itu yang Kak Yan suka. Rasanya pun dijamin sedap. Kalau nak cuba memang digalakkan. Recommended!
