My Cookbook Collection

My Cookbook Collection

Semalam Kak Yan berbual kosong dengan suami dan anak-anak dan antara topik yang menjadi bahan bual bicara kami ialah tentang buku. Kat rumah ni suami dan anak-anak Kak Yan memang gila membaca buku.

Kak Yan yang dulu-dulu asal pegang buku aje terus mengantuk ni pun dah mula terikut-ikut menjadikan membaca ni hobi. Tapi tak de lah sampai level dia orang ni. Kalau dia orang ni, boleh bawak bergaduh berebutkan buku … pelik betul KaK Yan tengok.

In fact, a few years ago semasa the last buku Harry Porter mula dilancarkan ke pasaran, sanggup si Bapak dan dua anak dara kami (masa tu dia orang baru Form One and Standard Six) turun beratur panjang di depan Carrefour (sekarang Aeon Big), Subang Jaya selepas subuh semata-mata untuk membeli buku Harry Porter and The Deathly Hallows tu. Macam-macam lah dia orang ni.

Begitulah kan … bila orang keliling kita buat satu benda, lambat laun kita ni pun terikut-ikut jugak akhirnya. Kena pulak suami memang penulis dan bekerja sebagai editor untuk majalah berbahasa Inggeris, memang dia kena sering membaca.

Apabila kami mendapat ilham untuk Kak Yan mencuba menulis buku masakan (dek kerana minat mendalam dalam bidang masakan ni), suami menasihatkan Kak Yan untuk banyakkan membaca (selain daripada memulakan blog – dulu Kak Yan berblog di mrsgoodthingshome.blogspot.com). Kata dia, membaca boleh membantu kita menulis dengan lebih lancar.

Disamping itu, Kak Yan pun mula membeli dan mengumpul buku-buku masak tulisan chef-chef terkemuka dunia seperti Gordon Ramsay, Donna Hay, Rachael Ray, Chef Wan, Norman Musa, Jaime Oliver dan ramai lagi. Bukan apa, kadang-kadang kita nak cari idea tentang konsep buku dan susun atur mukasurat, buku-buku ni boleh dan banyak membantu pun.

Kat sebelah kiri dinding tu kiranya our main bookshelves lah kat rumah ni. Sebenarnya melambak lagi buku kat tingkat atas, dalam bilik tidur dan ruang rehat di atas. Pendek kata, merata-rata ada buku kat rumah ni.

Selepas berbual semalam, Kak Yan masuk ke bilik tingkat bawah yang Kak Yan jadikan pejabat kecil Kak Yan, dan melihat rak buku-buku masak Kak Yan (rak utama di ruang utama penuh dengan buku-buku suami dan anak-anak). Waah banyak jugak dah buku masak yang Kak Yan dah beli dan kumpulkan rupanya.

In fact, Kak Yan juga jumpa dua buku resipi tulisan tangan Kak Yan yang dimulakan sejak dari zaman sekolah lagi. Ini pun rasanya banyak juga buku-buku yang Kak Yan dah let go dan bagi kepada orang lain dan jual balik.

Antara buku-buku yang sudah lama dibeli dan dijadikan rujukan. Yang bawah kanan tu adalah dua buah buku respipi yang ditulis tangan semenjak zaman sekolah lagi. Precious sangat tu.

Apa pun, buku-buku yang ada ni memang Kak Yan sayang  sangat. Harga buku-buku masakan ni pulak bukannya murah. Dan yang lagi penting ialah isi kandungannya yang sangat berharga bagi Kak Yan.

Inilah inspirasi Kak Yan untuk terus berkarya dan untuk terus improve myself. InshaAllah. Semoga Allah memberkati usaha Kak Yan ni.

This Post Has 2 Comments

  1. Akak pun minat kumpul buku. Dulu2 dalam tahun 80an akak suka beli majalan Jelita wanita.. Pastu simpan baik2 sebab sayang. lepas tu minat baca novel2 tempatan pulak..lepas baca berangan2 lah pulak..hahhaa…anak anak pun sama giler beli buku…tapi dorang baca cerita omputih le..bila anak akak meninggal dunia terus stop beli novel2 cinta ni..insaf sikit baca kisah cinta…start beli buku agama pulak..pantang ke kedai buku..mesti beli satu atau dua. Kedai buku ada lah spot yang akak paling bahagia sekali kalau shopping..pastu giler beli buku masak.. Buku kraft.. Buat nya idak..
    Sekarang ni cucu pulak dok main kat kabinet buku.. Sakit gak hati bila dorang punggah buku2 ni..nenek nya asik jadi tarzan je bila tgk dorang buat main…ini harta nenek tau…
    Tapi tak boleh lawan dengan buku Yan ni…dah macam library dah nampak nya…

    1. Azian Hasan

      A ah Kak rumah ni dah menimbun buku. Budak-budak sanggup tak beli baju asalkan boleh beli buku. Pelik pulak rasanya.

Leave a Reply to Rohaizah Abas Cancel reply