Nasi biryani telur ni tak kurang sedapnya berbanding nasi biryani yang lain. Selalunya di kedai-kedai mamak memang dah siap letak telur rebus diatas nasi biryani dia. Kalau nak tambah ayam atau kambing, itu lain cerita tapi telur tu wajib ada dekat atas nasi biryani tu.
Sama lah macam kita makan nasi lemak. Telur tu memang wajib ada. Nak tambah lauk lain, terpulang kan.
Kali ini Kak Yan masak biryani telur sahaja. Tak ada lauk lain. Sedapnya sama sahaja. Ini kerana yang perlu sedap adalah nasi biryani itu sendiri. Kalau nasi itu di masak dengan sempurna, cukup rasa rempah, cukup lembut dan sebagainya, makan dengan telur pun best.
Dah lama Kak Yan masak nasi biryani telur ni. Semalam ternampak gambar ni dekat dalam handphone , baru lah perasan yang Kak Yan tak upload lagi resepi nasi biryani ni.
Di sebabkan dah lama buat nasi biryani ni, rasa teringin pulak nak masak. Time pkpb ni asyik mereka-reka aje nak masak apa.
Ala tapi beras basmathy dah habis la pulak. Nanti-nantilah ye.
Nak bagi tau satu perkara. Sekarang ni Kak Yan ada buat video dalam rancangan ‘Cerita Dari Dapur’ di youtube Kak Yan. Bagi musim pertama ini, Kak Yan kongsikan resepi yang lama-lama. Sambil tu Kak Yan bercerita tentang kisah-kisah lama.
Jom la tengok. Pergi ke youtube dan taip azianhasan12. Lepas tu boleh lah ‘like’ dan subscribe’ ye.
Kat bawah ni Kak Yan kongsi resepi nasi biryani telur.
Boleh masak masa musim pkpb ni.

Nasi Biryani Telur
Nasi biryani ini tidak menggunakan minyak sapi. Tapi kalau nak masuk sedikit pun, tidak mengapa.
Yang paling menarik, nasi biryani ini di makan bersama raita timun.
Nak tengok macamana Kak Yan buat raita?
Jom tengok video di bawah.