Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Mentah

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Mentah

Rumah ni kalau masak nasik lemak, memang makan dari pagi sampai ke malam lah jawabnya. Semua muka happy kalau mak masak nasik lemak. Kalau boleh nak makan sampai pagi esoknya.

Terkenang dulu kalau masak nasik lemak memang untuk makan sarapan sahaja lah. Pelik pulak rasanya makan nasik lemak untuk makan tengahari dan malam. Tak ada di buat orang.

Sekarang ni orang jual dan makan nasik lemak tengah-tengah malam pun ada. Restoran fast food pun ada jual nasik lemak.

Kuat betul penangan nasik lemak ini ye. Yang menyampahnya bila ada niat nak diet, nampak aje nasik lemak terus gagal diet.

Pernah tak terfikir. Siapa yang cipta resepi nasi lemak ini ?

Apa pun nasik lemak ini memang ada mandrum. Orang yang baru bercuti ke luar negara dua tiga hari sahaja pun dah sibuk komplen ‘ rindu makan nasi lemak’. Baru pergi sehari dua dah teringin nasi lemak ye.

Kali ini Kak Yan masak nasik lemak cara orang dulu-dulu . Kalau dulu, tak ada nasi lemak yang ada rendang, sambal sotong, sambal udang, ayam goreng bagai. Hanya ada sambal, ikan bilis, telur rebus dan timun. Itu pun, ikan bilis dicampur sekali ke dalam sambal. Itu lah yang dipanggil sambal ikan bilis mentah.

Sambal yang di masak begini lebih ketara bau ikan bilisnya. Lagi lama masak, lagi semerbak bau ikan bilis. Sambal menjadi semakin pekat. Kena pulak bila masuk bawang banyak-banyak ke dalam sambal.

Resepi ini lah yang Kak Yan nak kongsi hari ini.

Resepi ada di bawah dan kalau nak tengok Kak Yan masak sambal dan nasi lemak sekali, boleh klik di youtube, dekat bawah ini juga.

Bagi yang nak mencuba, ‘Selamat Mencuba’.

Sambal Ikan Bilis Mentah

Bahan-bahannya:
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah besar
1 mangkuk ikan bilis
2 keping asam keping
5 sudu besar minyak
Garam dan gula secukup rasa

Leave a Reply

Recipe Rating