Tak ramai yang pernah makan nasi ulam macam ini. Nasi ulam sebegini sangat sukar nak jumpa.
Nak beli dekat kedai? Memang tak adalah.
Yang selalu kita nampak dekat kedai dan berwarna biru itu adalah nasi kerabu. Sangat berbeza dari segi rasa dan bahan-bahannya.
Nasi ulam ini pulak memang selalunya dibuat semasa bulan puasa. Tak tahu kenapa. Mungkin ianya sudah menjadi tradisi.
Nasi Ulam versi utara ini boleh juga ditambah dengan bahan-bahan lain. Boleh ditambah dengan isi ikan yang direbus atau dibakar. Boleh juga ditambah dengan sedikit serbuk lada hitam. Nak tambah ulam-ulam lain, pun boleh.
Senang cerita, buat nasi ulam ini terpulang kepada citarasa dan kreativiti orang yang membuatnya.
Ada juga nasi ulam versi nyonya. Mengggunakan nasi yang berwarna kuning. Nasi dimasak bersama sedikit santan, serai, kunyit dan daun salam.
Yang versi ini pun sedap.
Apapun nak buat nasi ulam ini kena sabar.
Asasnya, bahan-bahan nasi ulam ini perlu dihiris sehalus-halusnya. Jangan di kisar maupun ditumbuk, bahan-bahan seperti bawang dan halia. Nanti air dari bahan-bahan tersebut akan keluar dan membuatkan nasi ulam senang basi dan rasanya kurang ‘kick’.
Kalau nak mencuba boleh tengok resepi di bawah atau tengok macamana Kak Yan buat nasi ulam di youtube channel Kak Yan ye.
Selamat Mencuba!
