Kalau bab nak masak ayam ni kena cuba macam-macam resepi. Almaklumlah kat rumah ni semuanya suka makan ayam. Yang menulis ni pun apa kurangnya.
Kalau ikan tu, tak semua jenis ikan yang seisi rumah suka. Setakat ni kalau ikan keli, ikan bawal, ikan tenggiri tu masih lagi mendapat sambutan. Yang lain dari itu kena bawak berbincang dululah.
Makin lama makin banyak resepi ayam yang Kak Yan dah cuba. Tak naklah asyik masak menu yang sama aje. Ayam masak kapitan ini adalah salah satu daripadanya.
Berlambak resepi ini dalam internet dan you-tube. Cuba sahaja yang mana sesuai dengan citarasa keluarga. Janji jangan ubah keaslian resepi tu sudahlah.
Ayam Masak Kapitan penuh dengan rasa rempahnya. Kena ada rasa serai dan daun limau. Seimbangkan dengan lemak santan, masam, masin dan manisnya.
Ayam masak sebegini terkenal dengan aromanya yang wangi semerbak. Itulah antara ciri-ciri masakan nyonya. Sedap, cantik dan wangi.
Tapi kali ini Kak Yan terbubuh lebih kunyit . Biasalah masak ni setiap kali masak tak semestinya sama. Kadang-kadang terlebih banyak dan kadang-kadang terkurang pulak. Iye dak.
