Kalau cerita pasal pajeri terung ni teringat dekat Arwah mak sedara Kak Yan.
Kak Yan panggil beliau Mak Yong.
Sepanjang hidup ni, tak ada orang lagi yang dapat kalahkan masakan Mak Yong. Masakan dia ‘superb’ dan tak ada tandingannya. Dari beliau jugak lah Kak Yan belajar banyak jenis masakan lauk pauk.
Mak Yong kalau masak kat dapur macam ‘effortless’ sahaja. Sedar-sedar dah siap terhidang lauk-pauk beraneka jenis diatas meja. Kari dia punyalah sedap dan yang paling tak boleh lupa ialah gulai lemak ikan rebus. Cair aje kuah dia tapi bila dihirup terasa macam di awang-awangan.
Kak Yan belajar buat pajeri terung dari beliau lah. Selalu tengok macamana beliau masak. Selalunya segala bahan penumis seperti bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Begitu juga dengan udang kering.
Kalau nak buat pajeri mesti ada udang kering, gula merah dan kerisik. Kalau tak ada bahan-bahan tu jadi lauk kari aje lah. Itu lah yang membezakan pajeri dengan kari.
Masih terngiang-ngiang pesanan beliau setiap kali Kak Yan menolong beliau masak pajeri di dapur dan itu lah pesanan beliau yang Kak Yan pegang sampai sekarang.
Jadi kalau nak masak pajeri samada terung ataupun nenas, gunalah resepi di bawah:

Pajeri Terung
Bahan-bahannya:4 biji terung panjang(dibelah dua tetapi jangan
sampai putus)500g santan pekat100g udang kering(ditumbuk)2 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang3 sudu besar rempah kari daging2 sudu besar rempah cili2 sudu besar gula merah1 ½ sudu besar kerisik5 sudu besar minyak masak1 cawan air panas1 sudu besar asam jawa dicampurkan dengan 1 cawan
airGaram secukup rasaBahan-bahan untuk ditumbuk:2 labu bawang merah besar1 1/2 inci halia5 ulas bawang putihCara membuatnya:Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan
bunga lawang ke dalam kuali/periuk.Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan masak
sehingga keperangan.Masukkan udang kering dan masak sehingga keluar bau
udangnya.Masukkan serbuk kari dan serbuk cili.Gaul rata dan masukkan air panas dan air asam jawa.
Biarkan sehingga naik minyak.Masukkan terung, santan, gula merah dan garam.Apabila terung sudah ¾ masak, masukkan kerisik.Gaul rata sehingga kuah pekat, terung lembut dan
kuahnya naik minyak.Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.