Raya 2020 Yang Unik
Kak Yan, Arissa, Alia, Asma dan suami

Raya 2020 Yang Unik

Masa Kak Yan menulis entry ni, kita sudah pun memasuki 13 Syawal. Cepatnya masa berlalu ya. Rasa baru sangat lagi kita sambut Raya kan. Tapi itulah masa makin cepat berlalu – diam tak diam hari ni merupakan hari ke-80 dah kita dalam PKP.

Menyebut perihal PKP ni pulak, siapa sangka kita beraya kali ni pon memang lain dari yang biasa kita buat kan. Tak de lagi tradisi balik kampung, berkumpul ramai-ramai, mengunjungi rumah sanak saudara dan beraya selama sebulan.

Tapi itulah kan, Allah menentukan segala-galanya. Apa yang kita rancang dan plan tak semestinya akan jadi kenyataan.

Kami beraya pun memang ikut SOP sungguh. Tahun ni Kak Yan dan keluarga memang beraya ngam ngam sehari sahaja. Tak de istilah Hari Raya Kedua, Ketiga dan sebagainya.

Apa yang terjadi ialah, kami berlima makan-makan pagi di Hari Raya, selepas tu bergambar sesama kami sahaja. Dekat-dekat tengah hari kami ke rumah abang ipar di Shah Alam beraya dengan keluarga adik-beradik suami Kak Yan. Masih mengekalkan SOP sebab kami hanya 15 orang sahaja. Makan-makan dan selepas bergambar seround dua, kami pon pulang. Tu aje.

Hidangan Pagi Raya Kami

Walaupun berPKPB bagai, kami berlima masih menyediakan juadah Raya dan mengemas rumah. Nak bagi feel jugak kan. Tambahan pulak anak-anak dara Kak Yan memang Work From Home semasa PKP ni, jadi mereka pun banyak membantu di dapur. Malahan Alia dan Asma beria-ia menyediakan kek untuk raya – Kek Cokelat dan Lemon Kek. Selain itu Asma jugak buat beberapa jenis biskut Raya.

Selain itu mereka berdua jugak banyak membantu memasak juadah Raya Kak Yan tahun ni – Nasi Arab, Ayam Kuzi, Ayam Rendang, Ketupat Palas (yang ni beli lah), Daging Dendeng (permintaan Tuan Suami), Nasi Himpit dan Kuah Kacang.

Dessert Table Raya – Macam nak menyambut ramai tetamu je kan.

Suami Kak Yan dan Arissa yang bongsu pulak in charge terhadap dekorasi rumah dan table setting. Jadi walaupun kami beraya berlima dan sehari sahaja, raya kami tetap disambut “Meriah tetapi Sederhana!” 🙂

MISA Clan beraya di Shah Alam tahun ni.

Leave a Reply