Suatu masa dulu, segala masakan telur rebus lah yang menjadi hidangan tambahan di meja makan. Masa tu Kak Yan belum kahwin lagi.
Duduk ramai-ramai dalam suatu rumah memang memerlukan tukang masak yang kreatif. Masa itu Kak Yan jadi tukang basuh pinggan sahaja. Yang jadi tukang masak di dapur, biasanya ialah mak sedara yang kami panggil Mak Yong.
Kalau ada menu utama mesti ada menu sampingan sebagai ‘back-up’. Kadang-kadang yang makan tu bukannya makan dalam satu masa. Ada yang makan cepat dan selalunya ada yang makan lambat. Jadi lauk’back up’ ini lah yang membantu.
Nak di pendekkan cerita, segala macam jenis masakan telur lah yang dibuat. Acar telur, kurma telur, sambal telur, kari telur, taucu telur dan macam-macam lagi lah.
Cumanya telur masala sahaja yang tak pernah buat. Masa itu mana nak cari garam masala kan.
Apapun asal telur rebus, masak apapun memang Kak Yan suka. Mungkin dah terbiasa atau memang dia sedap. Maksudnya sedap giler.
Telur masak masala ini memang sedap. Rasa rempah dia lagi kuat dan terasa berbanding kari biasa. Kami makan sampai licin. Kuah dia kami cicah pulak dengan capati.
Macam itu lah tahap sedapnya telur masak masala ini.
Bagi yang nak cuba, kena pastikan ada garam masala di rumah. Boleh beli dan simpan. Ala bukannya mahal pun.
Garam masala ni kalau ada, baru ‘kick’ masakan tu. Tapi kalau lebih sangat pun nanti pahit.
Nak tengok Kak Yan masak telur masak masala ini, boleh lah tengok di igtv Kak Yan. Dah follow instagram Kak Yan ke ?
