Tiffin Biru – Malaysia’s Favourite Food Blog

Tiffin Biru – Malaysia’s Favourite Food Blog

Jikalau Chef Wan ialah chef idola saya maka Mat Gebu a.k.a Encik Adnan Ibrahim pula adalah satu-satunya Food Blogger tempatan yang paling saya minati.

Saya telah mengikuti blog beliau Tiffin Biru ni dah bertahun-tahun dah. Bukan sekadar resipi-resipi menarik serta gambar-gambarnya yang cantik lagi membangkitkan selera tetapi coretan-coretan Che Mat juga  sangat mencuit hati.

Suka sangat membaca blog-blog tulisan Cik Mat yang handsome ni (walaupun tak pernah bersua muka, saya pasti Che Mat ni kacak orangnya).

Lepas tu saya  juga follow beliau di Facebook dan Instagram. Memang terhibur rasanya.

Yang paling best Che Mat ni ramah sangat. Bila kita tinggal komen kat post-post beliau, seboleh-bolehnya mesti dia jawab. Berbunga rasa hati bila idola menegur di alam maya ni.

Bila membaca posting Che Mat ni saya dapat tahu ramai dah pembaca blog singgah ke rumahnya di Johor serta merasa air tangan beliau.

Hasrat hati memang teringin sangat nak berkunjung ke rumah Che Mat (hmmm… nampak tak permainan Kak Yan di sini? Sesuka hati jer menjemput diri sendiri nampaknya ya). 

Tapi itulah, Kak Yan ni memang jarang-jarang sekali ke selatan tanah air ni. Tapi Che Mat, kalau ada datang ke area KL ni, bagitahu la Kak Yan awal-awal ya dan jemputlah datang ke rumah ya.

Apa pun blog Tiffin Biru ni bermula sejak Januari 2008 (kalau ikutkan archive blog nil ah). Tu dia legend sungguhkan.

Oh seperkara lagi, suka Kak Yan nak kongsi apa yang Che Mat ni tulis kat blog dia iaitu:

“Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa. Itulah keajaibannya. Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya.”

Dari ayat ni sahaja kita dapat rasakan yang Che Mat sangat baik orangnya. Dua tiga minggu yang lalu Che Mat kongsikan Instagram Kak Yan di IG beliau . Terharu sangat. Semoga Allah membalas budi baik Cik Mat.

Jadi itulah yang Kak Yan nak jugak lakukan melalui blog Kak Yan yang tak seberapa ni — berkongsi ilmu tanpa ada batasan dengan semua para pembaca.

Selain itu Kak Yan suka sangat dengan susur atur blog Tiffin Biru yang kemas dan tak serabut kepala nak membacanya.

Dan satu lagi perkara yang penting ialah Kak Yan sangat banyak belajar tentang food styling daripada blog Tiffin Biru ni.  Gambar-gambar dalam blog Che Mat ni memang classy. Ni lah yang Kak Yan tengah terhegeh-hegeh nak ikut ni. Dah lah pulak tu pinggan mangkuk serta props yang Che Mat gunakan untuk hambar-gambar dia pulak mengundang sangat.

Apa pun tahniah Che Mat. Sudah lebih 11 tahun Che Mat bersiaran dan Kak Yan doakan semoga Che Mat terus maju jaya,, berjaya dan bahagia selalu.

Terima Kasih, Che Mat! Long Live Tiffin Biru!

This Post Has 2 Comments

  1. Assalam Kak Yan, salam kenal..

    Samalah kita pengikut blog Che Mat sejak dulu.. Mmg adore la dgn gbr2 food Che Mat

Leave a Reply to Seri Kandi Tanah Jauhar Cancel reply