Udang Masak Diraja

Udang Masak Diraja

Sedap tau makan udang masak macam ini. Namanya pun dah rasa teruja nak makan. Tengok pulak warna kuning tu. Memang kena lah dengan nama udang tu, kuning diraja. Bolehlah angan-angan macam makan dengan Raja kan.

Kak Yan pun baru pandai masak udang macam ini. Ceritanya, bila Kak Yan teringin nak masak lauk pauk istana. Nak cuba rasa apa bezanya lauk pauk istana dengan lauk pauk kita yang biasa ini. Nak tunggu undangan makan dekat istana, rasanya macam tak ada pun.

Jadinya, Kak Yan googlelah lauk pauk istana dan keluarlah resepi udang masak diraja. Kebetulan ada sekepuk udang galah yang saiznya agak cun untuk masak sebegini. Apa lagi, terus on lah.

Bila dah namanya istana, Kak Yan fikir lauk pauknya bukan sahaja sedap tapi mesti cantik dari segi ‘presentationnya’. Mesti nampak menyelerakan. Betul tak?

Tapi kan, udang masak diraja ini bukanlah susah sangat nak masaknya. Nak kata macam masak rendang pun tidak dan nak kata macam masak gulai lemak pun tidak. Boleh dikatakan dari segi rasa dan memasaknya antara rendang dan gulai lemak.

Bahan kisarnya ditumis dan ini menjadikan ianya wangi dan tahan lama. Menggunakan cili kisar yang dimasak sehingga garing. Bila dicampurkan dengan santan dan kunyit, maka keluarlah warna yang cantik. Memang meliurkan.

Tak guna lah Kak Yan cakap banyak sebab masa Kak Yan menaip ini pun dah rasa terliur dah. Udang tak ada dalam peti ais. Kalau ada, bolehlah buat kan.

Yang dah rasa terliur tu bolehlah cuba.

Tengok Kak Yan masak dibawak. Klik sahaja. Resepi ada di sana.

Cubalah ye..

Leave a Reply