Print Recipe

Ayam Bercili Ala Hakka

Bahan-bahannya:

3 keping isi ayam (dipotong dadu)
1 biji bawang holland (dipotong 6)
1.2 biji lada benggala hijau
1/2 biji lada benggala kuning/merah
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 biji cili hijau (dipotong serong)
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.
Bahan Perapan
1 inci halia (diparut atau dicincang)
4 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan sos cili
1 1/2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cuka putih
Cara membuatnya:

Gaulkan isi ayam bersama halia dan bawang putih. Perap selama 30 minit.
Gaulkan bahan sos.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak.
Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan sos bersama bawang holland, cili hijau dan kesemua lada benggala.
Masukkan ayam tadi dan kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula.
Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.