Go Back
Panna Cota

Panna Cotta

Bahan-bahannya:
2 cawan krim putar ( whipping cream)
3/4 cawan gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
7 gram gelatin
3 sudu besar air sejuk
 
Cara membuatnya: 
Masukkan krim dan gula  ke dalam periuk dan masak menggunakanapi yang perlahan. Terus mengacau jangan berhenti.
Apabila gula sudah mula larut, tutup api dan ketepikan ( jangan sampai ianya mendidih)
Taburkan gelatin ke dalam air dan masukkan ke dalam periuk yang masih panas tadi
Kacau sehingga sebati dan tuangkan ke dalam mangkuk
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 atau 3 jam.
Apabila Panna Cotta sudah keras, letakkan puri manggan dan hirisan strawberry diatasnya. Sedap dihidang semasa ianya masih sejuk.
 
Puri Mangga
Kisar mangga dan masak bersama gula
Banyaknya gula ikut citarasa sendiri
Kacau sehingga ianya pekat