Chicken And Corn Soup
Print Recipe

Chicken And Corn Soup

Bahan-bahannya:
2 batang sayur leek (dihiris halus)
6 cawan stok ayam
1 tin besar cream corn
1 inci halia diparut
150g isi ayam (dipotong memanjang)
2 sudu makan tepung jagng dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar kicap cair

3 biji putih telur
1/2 labu bawang holland ( dipotong dadu)
3 sudu makan minyak
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air secukupnya
Garam secukup rasa
 
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis sayur leek dan bawang sehingga layu dan wangi
Kemudian masukkan isi ayam. Biarkan dalam 2 ke 3 minit
Masukkan stok ayam dan biarkan ia mendidih
Masukkan  halia, kicap cair, air dan campuran tepung jagung
Apabila air mendidih, tuangkan  putih telur ke dalam periuk dan kacau
Akhir sekali masukkan garam dan minyak bijan