Go Back
Strawberry Crumbled Muffin

Strawberry Crumbled Muffin

Bahan-bahannya:
150 gram mentega
1/2 cawan campuran jem epal dan air
2 cawan gula castor
2/3 cawan susu segar
3 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu teh vanilla
3 cawan buah strawberry
 
Cara membuatnya:
Panaskan oven dengan suhu 180 C
Pukul mentega dan gula sehingga kembang
Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga semuanya sebati
Masukkan pula susu, campuran jem dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati
Didalam mangkok yang berasingan campurkan tepung bersama baking powder dan garam
Masukkan adunan yang tepung tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit Akhir sekali masukkan buah strawberry dan gaul menggunakan spatula
Masukkan adunan ke dalam bekas muffin  dan ketepikan sebentar  
Sementara itu kita bancuh adunan crumblenya
 
Bahan -bahan untuk Crumble
200 gram tepung kek
100 gram gula perang
125g mentega yang dicairkan
1 sudu teh garam
Caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul menggunakan mixer atau boleh gunakan tangan sahaja.
 Taburkan crumble ke atas muffin strawberry tadi dan bakar.