Go Back
UBI KAYU STIM BERSANTAN

Ubi Kayu Stim Bersantan

Bahan-bahannya:
500g ubi kayu(dibuang kulit dan dibersihkan)
500 g santan pekat
300 g gula
Secubit garam
1 biji kelapa parut(warna putih sahaja)
Cara membuatnya:
Kukus ubi kayu sehingga lembut
Masukkan ke dalam pengisar bersama santan dan gula
Kisar sehingga betul-betul hancur.
Masukkan ke dalam bekas empat segi. Tekan sehingga rata
Kukus semula sehingga ianya keras.
Balut penutup kukus dengan kain. Ini untuk mengelakkan air masuk ke dalam kuih.
Apabila kuih sudah keras, angkat dan sejukkan sebentar.
Sementara itu, gaul kelapa bersama garam dan kukus sebentar.
Apabila kuih sudah sejuk, sudukan ke dalam kelapa dan bulat-bulatkan.
Sedia untuk dimakan.