Go Back

Mango Sago

Bahan-bahannya:
1 liter jus mangga ( Marigold Peel Fresh)
1 tin susu cair
4 biji buah mangga (2 biji dikisar isinya dan dua biji dipotong dadu)
2 sudu besar gula dilarutkan dengan sedikit air panas (optional)
80 gram sagu (Lebih bagus gunakan sago pearls)
Air secukupnya
Cara membuatnya:
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan sagu. Masak selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga sagu bertukar menjadi jernih.
Bilas dan toskan . Ketepikan
Kisarkan isi buah mangga bersama susu cair, jus mangga dan air gula. Masukkan ke dalam mangkuk dan masukkan sagu dan mangga yang dipotong dadu. Letakkan ke dalam peti sejuk.
Sedap dimakan semasa sejuk.