Go Back

Telur Masak Masala

Bahan-bahannya:
6 biji telur direbus.
1 biji bawang merah besar atau bawang holland
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dicincang)
2 biji tomato (dicincang)
2 sudu teh jintan putih
3 tangkai cili kering (dipotong pendek)
2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk halba
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukupnya
5 sudu besar minyak
Cara membuatnya:
Gaul telur bersama isudu teh serbuk kunyit dan 1 sudu teh serbuk cili.
Panaskan minyak dan goreng telur seketika. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, masukkan jintan putih.
apabila ianya meletup, masukkan cili kering dan bawang merah.
Masak sehingga bawang keperangan.
Kemudian, masukkan cili kisar, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk halba,garam dan gula.Kacau rata.
Perlahan api dan masak dengan perlahan selama 10-15 minit.
Tambah air jika perlu.
Selepas itu, masukkan telur, garam masala dan jus lemon.
Gaul rata dan siap.