Go Back

Ayam Masak Serai

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dipotong16)
4 batang serai (dititik)
6 helai daun limau purut (dicarik)
4 sudu besar cili kering kisar
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak
2 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
Bahan Kisar
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 biji tomato
Cara membuatnya:
Panaskan minyak.
Masukkan serai dan masak sehingga keluar bau.
Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar.
Masak sehingga pes garing.
Masukkan serbuk kunyit, asam keping dan ayam.
Masak sehingga ayam kecut.
Masukkan daun limau purut dan sedikit air.
Masak sehingga kuah pekat dan kering dan ayam betul- betul masak.
Perasakan dengan garam dan gula.