Panna Cotta
Bahan-bahannya:2 cawan krim putar ( whipping cream)3/4 cawan gula castor1 sudu kecil esen vanilla7 gram gelatin3 sudu besar air sejuk Cara membuatnya: Masukkan krim dan gula ke dalam periuk dan masak menggunakanapi yang perlahan. Terus mengacau jangan berhenti.Apabila gula sudah mula larut, tutup api dan ketepikan ( jangan sampai ianya mendidih)Taburkan gelatin ke dalam air dan masukkan ke dalam periuk yang masih panas tadiKacau sehingga sebati dan tuangkan ke dalam mangkukMasukkan ke dalam peti sejuk selama 2 atau 3 jam.Apabila Panna Cotta sudah keras, letakkan puri manggan dan hirisan strawberry diatasnya. Sedap dihidang semasa ianya masih sejuk. Puri ManggaKisar mangga dan masak bersama gulaBanyaknya gula ikut citarasa sendiriKacau sehingga ianya pekat