Sup Ikan
Bahan-bahannya:3 atau 4 keping ikan (gunalah ikan merah, ikan jenahak ke)1 sudu teh stok ikan bilis1 sup punjut1 ulas bawang putih dihiris halus3 inci halia (2inci dimasukkan ke dalam periuk dan 1 inci untuk ditumis)1 labu bawang merah dihiris halus1 kuntum bunga lawang1 kulit kayu manis2 biji buah pelaga2 bay leafGaramSedikit lada sulah2 biji tomato (kalau mahu)Daun sop dan daun bawangSedikit minyak untuk menumisJus lemonAir secukupnya Cara membuatnya:Panaskan minyak dalam kualiTumis bawang merah, halia dan bawang putihBila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan air serta stok ikan bilisBila sudah mendidih, masukkan sup punjut, daun bay dan ikan.Didih sehingga masak.Apabila ikan sudah masak, bolehlah ditutup apinya.Akhir sekali taburkan hirisan daun sop, daun bawang, bawang goreng dan perah sedikit lemon ke atasnya.