Ikan Kukus Taucu dan Sambal Belacan
Bahan-bahannya:2 ekor ikan siakap atau ikan apa sahaja yang sesuai1 labu bawang merah bersaiz besar(Didadukan)2 biji cili merah(Didadukan)1 biji tomato(Dipotong enam)5 biji cili padi(Dihiris halus)2 inci halia muda(Dicincang halus)2 ulas bawang putih (Dicincang halus)2 sudu makan taucu(Kalau nak letak lebih sedikit pun tak apa)1 sudu makan sambal belacan1 sudu makan sos tiramGaram, serbuk lada sulah secukup rasa2 sudu makan minyak masak Cara membuatnya:Lumurkan ikan dengan garam dan lada sulahKukus sehingga masakBuangkan air ikan yang keluarDi dalam kuali yang lain, panaskan minyakMasukkan kesemua bahan-bahan yang didadu dan yang dicincang.Masak sehingga wangi dan kemudian masukkan taucuMasukkan sos tiram, sambal belacan, garam dan lada sulahTuangkan ke atas ikan dan biarkan dalam 1-2 minitKeluarkan ikan dari pengukus dan kalau suka boleh perah sedikit lemon dan taburkan daun ketumbarDah siap!