Lauk Simple – Ikan Kukus Taucu dan Sambal Belacan

Lauk Simple – Ikan Kukus Taucu dan Sambal Belacan

Okay, Kak Yan nak berkongsi satu fakta. Ni suami Kak Yan yang bagi tau ( entah kenapa dia suka sangat trivia2 macam ni). Dia cakap kaedah memasak secara mengukus (atau steam bak kata omputih) telah wujud sejak dari Zaman Batu lagi.

Laaaa…. mati-mati Kak Yan ingatkan zaman tu depa cuma tau barbeque je.

Lepas tu dia share fakta dari Wikipedia. Ni Kak Yan copy paste je ya (malas nak translate hehehe). Interesting facts, actually!

Some of the world’s earliest examples of steam cooking were found in Gunma Prefecture, Japan, created during the Stone Age. Some of the second earliest examples of steam cooking have been found in Italy and Sardinia, created during the Bronze Age, and in Cochise County, Arizona, where steam pits were used for cooking about 10,000 years ago. In China’s Yellow River Valley, early steam cookers made of stoneware have been found dating back as far as 5,000 BCE. From the eighth century CE, thin cypress strips were used to make steamers; today their slatted bases are constructed from bamboo. The classic steamer has a chimney in the center, which distributes the steam among the tiers.”

Dah membaca fakta yang tak berapa nak boleh digunakan di dalam kehidupan seharian kita ni, tiba-tiba Kak Yan teringin nak mengukus la pulak.

Kalau ikutkan macam-macam hidangan boleh kita masak mengunakan kaedah kukus atau steam ini.

Fikir punya fikir Kak Yan nak kongsi lah menu yang ini. Sedapnya tak boleh bawak bincang. Lepas tu nak membuatnya punyalah mudah. Apa lagi jom jom kita masak.

Ikan Kukus Taucu dan Sambal Belacan

Ikan Kukus Taucu dan Sambal Belacan

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan siakap atau ikan apa sahaja yang sesuai
1 labu bawang merah bersaiz besar(Didadukan)
2 biji cili merah(Didadukan)
1 biji tomato(Dipotong enam)
5 biji cili padi(Dihiris halus)
2 inci halia muda(Dicincang halus)
2 ulas bawang putih (Dicincang halus)
2 sudu makan taucu(Kalau nak letak lebih sedikit pun tak apa)
1 sudu makan sambal belacan
1 sudu makan sos tiram
Garam, serbuk lada sulah secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
 
Cara membuatnya:
Lumurkan ikan dengan garam dan lada sulah
Kukus sehingga masak
Buangkan air ikan yang keluar
Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak
Masukkan kesemua bahan-bahan yang didadu dan yang dicincang.
Masak sehingga wangi dan kemudian masukkan taucu
Masukkan sos tiram, sambal belacan, garam dan lada sulah
Tuangkan ke atas ikan dan biarkan dalam 1-2 minit
Keluarkan ikan dari pengukus dan kalau suka boleh perah sedikit lemon dan taburkan daun ketumbar
Dah siap!
 


Leave a Reply

Recipe Rating