Hints & Tips – Mari BerMarie Kondo Di Dapur
Our Pantry: Kena selalu rajin nak dapatkan dapur yang tersusun rapi

Hints & Tips – Mari BerMarie Kondo Di Dapur

Memang agak sukar untuk kita sentiasa mengekalkan kebersihan dan kekemasan dapur. Apatah lagi kalau dapur tu tak henti-henti beroperasinya. Lepas masak nak mengemas pulak, masak kemudian kotor balik. Adoii!

Bilalah kerja-kerja mengemas dapur nak habis. Kalau tak masak nanti selim- melim pulak orang yang ada kat dalam rumah ni. Dah tak comel la pulak.

Stail memasak orang Melayu pulak memang menyesakkan dada. Nak kena tumis-menumis, tumbuk menumbuk dan maka terperciklah sana sini. Minyak terpercik ke lantai, belacan terpercik kat baju dan entah apa-apa lagi.

Apa pun mengemas dapur adalah antara tugasan yang memenatkan apatah lagi jika kita mempunyai anak kecil dan perlu keluar bekerja ataupun  mempunyai masalah seperti saya. Jika dapur selalu digunakan, rutin mengemas mesti dilakukan lebih kerap lagi.

Namun begitu,  terdapat beberapa cara asas yang boleh anda lakukan  untuk membantu meringankan beban kerja anda dan meminimakan keadaan serabut di dapur. Ini adalah antara petua yang Kak Yan amalkan (walaupun hakikatnya asyik terbabas je)

Tip 1

Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan.  Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan. 

Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan.  Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan. 

Masukkan kesemua barang tersebut  ke dalam satu kotak.  Simpan di stor kotak tersebut. Tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan anda boleh buang atau berikan kepada orang lain.

Anda perlu meminimakan barang-barang yang terdapat di dalam dapur anda. Begitu juga barang-barang elektrik yang diletakkan di atas kaunter dapur. Jika jarang digunakan simpan sahaja  ke dalam kabinet dapur. Anda perlu mempunyai dapur yang teratur supaya kerja –kerja memasak anda akan lebih mudah.

Tip 2

Selepas memasak, anda mesti membasuh  kesemua alatan memasak yang digunakan seperti periuk , kuali dan sebagainya. Jangan tangguhkan kerja mencuci sehingga anda habis makan kerana kotorannya akan sukar dibersihkan dan ianya akan menambahkan bebanan kerja anda nanti. Sentiasa bersihkan segala kekotoran yang terhasil semasa proses memasak. Clean as you go.

Tip 3

Elakkan dari sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh.  Selagi muat sinki selagi itulah  pinggan mangkuk anda dikumpul tidak dicuci. Bila sudah semakin banyak, anda pun dah mula malas. Lebih malang lagi kadangkala dengan isu pinggan mangkuk pun suami isteri boleh bertengkar.

Apa yang saya perhatikan, jika kita mengamalkan tabiat sentiasa memastikan sinki dapur bersih , anak-anak pun akan membasuh pinggan mereka sendiri tanpa disuruh.  Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sampai berbau dan berulat barulah nak membuangnya.

Tip  4

Rangkuman dari ketiga-tiga langkah di atas, langkah yang ke 4 ini lebih kepada tabiat kita.  Jadikan ‘clean as you go’ sebagai paraturan  di dapur. Jangan melengah-lengahkan kerja membersihkan dapur. 

Apa yang saya lakukan , saya mesti memastikan dapur saya kemas dan bersih sebelum saya masuk tidur.  Manalah tahu, kalau terlambat bangun dari tidur untuk menyediakan sarapan, saya tidak akan kelam kabut. Hati pun tak lah tiba-tiba meradang bila bangun pagi tengok dapur macam tongkang pecah.

Begitulah sedikit sebanyak petua yang boleh anda lakukan untuk mendapaatkan

dapur yang damai lagi mendamaikan.

Apa pun, tiba-tiba Kak Yan teringin nak ada aircond la plak di dapur. Over tak?

Leave a Reply